• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Hasrat Guna Seksyen 80-85 Ordinan Tanah Bab 68 Untuk NCR

oleh Ahmad Albab
18/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah tidak berhasrat menggunakan Seksyen 80-85 Ordinan Tanah Sabah Bab 68 yang memberi kuasa kepada kerajaan mengisytiharkan sesuatu kawasan atau daerah sebagai kawasan terbuka untuk tuntutan Hak Tanah Adat Negeri (NCR).

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata keputusan untuk tidak menggunakan seksyen itu, selain disebabkan mengambil proses panjang, ia juga memberi kesan merugikan kepada Anak Negeri kerana selepas pengisytiharan, Anak Negeri perlu mengemukakan tuntutan dalam tempoh tertentu.

“Ini adalah kerana pengisytiharan tersebut memberikan satu titik penamat bagi Anak Negeri untuk menuntut NCR di sesuatu kawasan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Bebas-Tamparuli) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini Isnin.

Musa berkata kerajaan negeri mengambil empat pendekatan dalam menangani isu pemilikan Tanah Anak Negeri termasuk menubuhkan Unit Petugas Khas untuk mengukur Pendudukan Tanah oleh Anak Negeri dan Jabatan Tanah dan Ukur telah berjaya mengukur 5,060 lot seluas 12,694 hektar sejak ia dilaksanakan pada 1990-an.

Pendekatan kedua, katanya ialah memberi milik tanah melalui pengeluaran Geran Komunal di bawah Seksyen 76 Ordinan Tanah Bab 68 yang bermula sejak 2009 dan setakat ini 67 geran komunal dengan keluasan keseluruhan 43,731.62 hektar telah dikeluarkan merangkumi 11 daerah dan 198 buah kampung melibatkan 9,758 benefisiari.

Selain itu, kata Musa sebanyak 19 geran komunal dengan keluasan 13,226.75 hektar merangkumi 35 kampung dan melibatkan 5,055 benefisiari masih dalam proses kelulusan oleh kerajaan.

“Kerajaan negeri sedar bahawa kemampuan Anak Negeri untuk membangunkan kawasan tanah yang berskala besar adalah terhad. Oleh itu, kerajaan negeri telah memutuskan bahawa geran komunal boleh dibangunkan secara usahasama antara benefisiari dengan agensi-agensi kerajaan atau swasta bertujuan supaya geran komunal tersebut dapat dibangunkan dan pada masa yang sama benefisiari mendapat dividen serta bekerja di ladang tersebut,” katanya.

Ketua Menteri berkata setakat ini, lapan geran komunal seluas 46,467 ekar (11,804.5 hektar) terlibat dengan usahasama antara benefisiari dengan agensi kerajaan dan swasta di daerah Nabawan, Tongod, Tenom dan Sipitang.

Melalui Jabatan Tanah dan Ukur pula, katanya kerajaan negeri telah menubuhkan Unit Pentadbiran Tanah Anak Negeri Sabah atau PANTAS yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 23 Okt 2012 yang bertujuan melawat, memeriksa dan mengenal pasti kawasan tanah kerajaan yang diduduki Anak Negeri yang mempunyai hakmilik.

Musa berkata sehingga kini 9,037 lot dengan keluasan 15,138.54 hektar telah diukur dan daripada jumlah itu, sebanyak 2,058 geran NT (Native Title) telah dikeluarkan dan diserahkan kepada penduduk di Kampung Long Pasia, Kampung Seri Serbang dan Kampung Sungai Damit di Bongawan serta kampung-kampung di daerah Kinabatangan.

Katanya kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur mewartakan Simpanan Tanah Anak Negeri di bawah Seksyen 78 Ordinan Tanah Bab 68 yang bertujuan memastikan pemilikan Tanah Anak Negeri sentiasa terpelihara dan sehingga kini 32,590 hektar telah diwartakan sebagai Tanah Rizab Anak Negeri. – BERNAMA

Tags: Musa AmanTanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Sebelum Jadi Kerajaan Janji Pertahan Tanah Di Kinrara

Pemimpin DAP Sebelum Jadi Kerajaan Janji Pertahan Tanah Di Kinrara

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP sebelum menjadi kerajaan pada tahun 2006 didakwa pernah berjanji kepada penduduk Kinrara untuk menghalang pembangunan...

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd