• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahanan Diberkas Semula Selepas Dua Hari Meloloskan Diri – Polis

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Seorang tahanan yang meloloskan diri daripada pengawasan polis sejak dua hari lalu berjaya diberkas semula hari ini, kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman.

Beliau berkata suspek lelaki berumur 30 tahun itu ditangkap kira-kira 1.45 pagi tadi di tepi jalan besar Kampung Dendang, Dungun.

“Suspek ditemukan dalam keadaan lemah dan sedang keluar dari kawasan belukar manakala pakaian lokap telah ditukar dengan memakai T-Shirt dan seluar jeans,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Jumaat.

Rabu lepas, suspek ditahan kerana dipercayai terbabit kes curi kenderaan, meloloskan diri sebaik gari dibuka untuk proses rakaman cap jari di bilik Pusat Identifikasi Forensik Setempat (PIFOS) kira-kira 9.40 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.

Suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta dipandu seorang lelaki dan polis kemudian menahan lelaki itu dan isterinya di sebuah inap desa di Bukit Besi, Dungun, kira-kira 5 petang dan seorang pengusaha bengkel pada hari sama, dipercayai bersubahat membantu suspek melarikan diri.

Hussin berkata operasi mengesan suspek dilakukan secara besar-besaran membabitkan 100 kekuatan termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Anjing Pengesan, Rela dan penduduk kampung. – BERNAMA

Tags: polisTahanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd