• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syor Sistem Giliran Tempat Kerja Penjawat Awam

oleh Ahmad Albab
08/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) menyokong langkah kerajaan untuk menukarkan seramai 50 pegawai yang menyandang jawatan sensitif di pelbagai kementerian ke kementerian berlainan mulai bulan ini.

SPRM dalam satu kenyataan media berkata, pendekatan itu selari dengan usaha meningkatkan budaya berintegriti tinggi dalam kalangan penjawat awam khususnya sejak pelaksanaan penubuhan unit integriti di agensi-agensi kerajaan.

Sehubungan itu, SPRM mengesyorkan supaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan sepenuhnya sistem giliran tempat kerja akan membantu mengurangkan peluang terdedah kepada jenayah rasuah atau salah guna kuasa.

“SPRM berpandangan bahawa pendekatan ini jika dilaksanakan secara menyeluruh dan efektif akan membantu usaha menutup atau meminimumkan ruang dan peluang jenayah rasuah. Sekali gus tindakan ini akan mempertingkatkan tadbir urus baik dan mengelak berlakunya ketirisan,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, SPRM berharap ketua-ketua perkhidmatan dan jabatan kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut pekeliling sedia ada mengenai penggiliran tempat kerja apabila wujud keperluan untuk menukar seseorang pegawai sama ada ke bahagian lain secara dalaman atau ke agensi yang lain.

Menurut SPRM, sokongan dan komitmen ketua agensi atau kementerian adalah sangat penting bagi mencapai hasrat tersebut.

‘Penggiliran tempat kerja dan pertukaran seseorang pegawai ke bahagian lain dalam agensi asal atau ke agensi lain merupakan antara syor yang sering diberikan oleh SPRM menerusi strategi dan perakuan kertas pPemeriksaan SPRM,” kata SPRM.

Malah, kata SPRM, agensi itu yelah membincangkan syor pelaksanaan sistem giliran tempat kerja bersama agensi-agensi penguat kuasa pada tahun 2015.

“Justeru, SPRM akan membincangkan bersama Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara lanjut untuk menguatkuasakan syor tersebut,” kata SPRM. – Mynewshub.cc

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd