Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Penutupan 1MDB Bersifat Komersial...

KEPALA BATAS - Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan...

Punca Kematian Ahmad Rafikin...

KUALA TERENGGANU - Hasil laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut...

Myanmar Teruskan Penghapusan Etnik...

PEMERINTAH Myanmar masih meneruskan kempen penghapusan etnik terhadap warga Rohingya di negara itu...

Enam Kes Disyaki Cacar...

BANGKOK : Enam kes yang disyaki jangkitan cacar monyet di negara ini dilaporkan...

Supermodel Mengandung Jadi Tarikan Minggu Fesyen Di India

WANITA ini, Carol Gracias, 37, menjadi supermodel pertama di India yang memperagakan pakaian di atas pentas peragaan ketika tengah sarat mengandung.

Menurut Carol, pada mulanya dia tidak berhasrat membuat peragaan ketika mengandung namun dia tidak dapat menolak tawaran oleh pereka fesyen dari Hyderabad, Gaurang Shah pada minggu fesyen Lakme, apatah lagi pakaian yang diperagakan adalah sari.

carol

“Saya nyatakan kepada mereka bahawa saya mengandung tetapi mereka tetap mahukan khidmat saya.

“Saya mengambil masa untuk berfikir dan apabila baju yang diperagakan adalah sari, jadi saya terfikir apa salahnya,’’ kata Carol.

Imej Carol ketika memperagakan pakaian itu telah dikongsi dalam instagram pereka fesyen tersebut dan ia telah mendapat reaksi yang positif.


Supermodel India ini pernah terlibat dengan kontroversi pada 2006 ketika memperagakan pakaian pada minggu fesyen Lakme.

Ketika itu pakaian yang dipakainya telah mengalami masalah, menyebabkan payudaranya terdedah.

Ia menyebabkan penganjur dituduh sengaja mempromosikan kelucahan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori