Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MB N. Sembilan Nafi...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan berita yang...

Inkues Adib: 12 Tangkapan...

SHAH ALAM - Sebanyak 12 tangkapan dibuat polis bagi membantu siasatan berhubung anggota...

Empat Maut, Dua Kereta...

TANAH MERAH - Empat orang maut manakala dua lagi cedera parah selepas dua...

Generasi Muda Perlu Berani...

TAWAU - Generasi muda perlu berani meneroka peluang perniagaan yang jarang diceburi usahawan...

Wanita Koma Dibelasah Suami Bakal Lahirkan Bayi

KEJADIAN ngeri pada April lalu mengemparkan Malaysia apabila seorang lelaki telah membelasah isterinya sehingga koma.

Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut rupanya sedang hamil anak sulung mereka dan ketika itu usia kandungan memasuki 8 minggu.

Akibat dibelasah teruk, Jahidah Nordin, 43, mengalami kecederaan parah terutama di bahagian kepala, tengkorak selain rahang, tulang belakang serta rusuk yang retak kekal dan masih koma dari hari kejadian.

Walaupun masih dalam keadaan koma, tapi kandungan Jahidah masih lagi bertahan sehingga kini dan dia dijangka akan melahirkan bayinya pada bulan Disember ini.

Hal ini dikongsi olehn adiknya, Fauziah yang mengambil alih menjaga kakak sulungya selepas kejadian menimpa.

Menurut Fauziah, kakaknya masih bertahan walaupun mengalami kecedaraan yang serius.

“Tiada lagi kes macam kak Jahidah di Malaysia. Doktor pakar, jururawat banyak bantu. Kita hanya manusia biasa yang hanya mampu berusaha, yang menentukan hanya Allah s.w.t. Doakan yang terbaik buat kak Jahidah, dipermudahkan urusan semua pihak yang terlibat dan dimudahkan perjalanan hidup kakak dan bayi.

“Ye masih bertahan dengan keadaan kecederaan otak yang teruk, patah tulang belakang, rusuk, muka, rahang, ‘bedsore’ yang belum sembuh.

Tak boleh bercakap, tak boleh respon walaupun mengangguk.

Separuh sedar hanya mata terbuka tapi kemungkinan besar dia tak dapat melihat, hanya air mata kerap mengalir,” katanya.

Walaupun koma namun kandungan kakaknya masih bertahan sehingga kini, sudah masuk 9 bulan.

“Hanya mengeras tubuh badan apabila terasa sakit, pandangan mata yang kosong, tekak tebuk untuk bernafas dan kahak sentiasa disedut dan menanggung anak dalam kandungan 9 bulan. Kejamnya kau Rosmaini Abdul Raof buat kakak Jahidah menderita!”


Berkongsi tentang pemakanan kakaknya serta kandungan sepanjang sakit, Fauziah berkata kakaknya hanya minum susu sahaja.

“Susu makanan utama kakak dan bayi dalam kandungan. Kuatnya semangat baby membesar dalam kandungan walaupun hanya susu selama 9 bulan.

InsyaAllah baby akan jadi anak yang soleh dunia akhirat,” katanya.

Tambahnya lagi, Jahidah terpaksa dibawa ke hospital namun berita sedih terpaksa diterima mereka sekeluarga kerana kondisi kakaknya yang semakin teruk.

“Berbulan juga jaga kakak depan mata, hari ini bilik ini kosong tanpa kakak, secara tiba-tiba kakak nak kena tahan di wad.

“Hari ini jumpa doktor pakar, lemah kaki melangkah keluar hospital selepas mendengar risiko kakak Jahidah. Sangat berat nak terima ujian ini.

Risiko kakak: Respiratory Distress, Bleeding, Infection, Cardiac arrest, Death.

“Diam tak terkata apa, berat nak tandatangan. Terpaksa kalau ini jalan yang terbaik. Mungkin jalan yang terakhir,” jelasnya.

Sama-sama kita doakan semoga urusan melahirkan bayi nanti dipermudahkan dan semoga kesihatan Jahidah semakin baik.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori