Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Bekas Presiden Israel Maut...

TEL AVIV - Bekas Presiden Israel, Shimon Peres yang menderita penyakit angin ahmar...

Isu 1MDB Mungkin Konspirasi...

KUALA LUMPUR - "PAS kekal menjunjung prinsip kebenaran dan amanah serta menolak fitnah...

Buruh Didakwa Cabul Adik...

TAIPING - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

Salah Guna Kuasa: Reman...

PUTRAJAYA - Seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan yang direman bagi membantu siasatan...

SUA SUPP, Calon BN Batu Kawa Kempen Melalui Video FB

KUCHING – Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr. Sim Kui Hian mempunyai cara tersendiri untuk berkempen sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11.

Seperti pernah dilakukan ketika PRN 2011, Senator Dewan Negara yang baharu dilantik pada 2014 lalu itu tampil dengan memuat naik video kempen politik dirinya yang dikatakan berjaya memikat ramai netizen tempatan.

Jika dalam PRN ke-11 lalu videonya menggunakan tema kanak-kanak pelbagai etnik, kali ini, beliau menampilkan video menggunakan golongan dewasa dan remaja yang pelbagai etnik untuk menyampaikan mesej politiknya.

Video unik tersebut yang dimuat naik melalui laman Facebook miliknya baru-baru ini mendapat sambutan baik daripada netizen apabila telah mendapat lebih 41,000 kali tontonan dan lebih daripada 1,107 tanda suka.

Kui Hian, seorang pakar jantung, yang ketika itu menggunakan slogan ‘Real Heart, Real Change, Real Action’, kali ini menggunakan kepercayaan dan nilai teras yang dipegangnya menerusi rakaman dalam video berkenaan.

Pada PRN 2011 lalu, beliau ditewaskan calon DAP di Pending, Violet Yong yang memperoleh 67.5 peratus undi, manakala Kui Hian hanya 31.8 undi daripada 21,310 pengundi yang turun mengundi dengan majoriti 7,595 undi.

Sebanyak 70.2 peratus daripada 23,576 pengundi berdaftar mengundi di Pending. Untuk PRN kali ini Pending cuba ditandingi wakil SUPP sebagai calon BN, Milton Foo Tiang Wee manakala Kui Hian berpindah ke Batu Kawa.

Kekalahan beliau pada 2011 adalah di sebalik kemarahan pengundi Cina terhadap kepimpinan Ketua Menteri yang terlalu lama berkuasa, isu kenaikan harga minyak, isu tadbir urus, dan keyakinan rendah terhadap parti Cina itu.

SUPP kehilangan teruk 13 daripada 19 kerusi ditandinginya pada PRN ke-10. Satu daripada kerusi itu dimenangi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala 12 lagi kerusi berkenaan menjadi milik wakil DAP pula.

Suami kepada Enn Ong ini dalam video berkenaan mengimbas balik bagaimana pada 1998 beliau kembali ke Sarawak dari Australia, dan memasuki politik untuk menjadi calon kerusi Pending pada 2011, tetapi tewas.

Sim Kui Hian
Datuk Dr. Sim Kui Hian

Kui Hian berkata, kalau mengamalkan perubatan di Australia, beliau pasti mendapat lebih banyak wang, tetapi beliau sanggup berkorban dan bersedia kembali ke Sarawak untuk bekerja di sebuah hospital awam.

Kemudian beliau diberi tanggungjawab untuk membuka sebuah hospital jantung di sini, dengan mula-mula hanya ada dua orang doktor, tetapi kini mempunyai sejumah 15 pakar sehingga ia menjadi terkenal di seluruh dunia.


Selain Kui Hian yang bercakap, rakan beliau, penduduk dan remaja daripada pelbagai etnik juga ditemu bual untuk memberi pandangan mereka secara jujur tentang keadaan diri beliau sendiri tanpa berat sebelah.

Kui Hian digambarkan cepat berjalan, pemimpin, mentor ‘genuine’ dan setiap Selasa ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan, dekat Universiti Malaysia Sarawak untuk bertugas termasuk mengajar.

“Bagi membolehkan saya buat lebih banyak, saya kena masuk politik,” ujarnya. Seorang wanita Melayu dalam video itu berkata: “Apa kita mahu ialah masa depan. Saya kempen bukan untuk BN tetapi demi penduduk Batu Kawa.”

Kui Hian dalam pada itu menambah: “Saya ada kriteria untuk membabitkan diri dalam politik. Setiap hari hingga tengah malam, bukan masa kita, saya pilih untuk masuk politik untuk ubah keadaan sekarang.”

Seorang lagi berkata walaupun tidak berapa fasih dalam bahasa Malaysia, tetapi beliau sering mencuba untuk bercakap dalam bahasa kebangsaan tersebut terutama ketika persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur.

“Dia tidak menyombong diri, saya dengan dia macam abang dan adik. Dia mengamalkan kerja berpasukan, suka bercakap dengan orang, pemimpin yang merendah diri, senang didampingi oleh masyarakat,” katanya.

Dalam komen lain Kui Hian dikatakan mempunyai keupayaan mengubah SUPP, sambil memuji beliau sebagai seorang doktor yang baik, serta gemar memberi galakan secara positif, nasihat, tanpa mengira etnik.

Beliau juga ada prinsip dan nilai untuk dipegang. “Apabila ada kuasa, lakukan, dan jangan menyesal kemudian. Tidak semua orang punya peluang. Jangan biarkan kegagalan dan kekalahan melemahkan semangat,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori