• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Sudah Jalankan Siasatan Terhadap Kes Banglo Guan Eng

oleh Ahmad Albab
19/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menafikan tuduhan kononnya suruhanjaya itu melewat-lewatkan siasatan terhadap isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang didakwa di bawah harga pasaran.

Tunku Aziz berkata dakwaan kononnya SPRM tidak menunaikan tugasnya menyiasat Lim berkaitan pembelian itu adalah palsu dan tidak adil.

“Perkara itu (pembelian banglo berkenaan) perlu disiasat secara rapi, prosesnya belum lagi selesai dan memanggil KM (Lim) untuk ditemuduga tanpa siasatan penuh, bukan amalan SPRM,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ditanya berapa lamakah masa yang akan diambil untuk menyiasat pembelian banglo kontroversi itu, Tunku Aziz berkata ia bergantung pada jenis kes.

“Kelewatan berlaku disebabkan jenis kesnya yang sangat kompleks dan ia perlu disiasat secara menyeluruh.

“Kami juga ingin meminta orang ramai supaya tidak mudah membuat kesimpulan bahawa SPRM menyebelahi pihak tertentu,” kata Tunku Aziz sambil menjelaskan bahawa sebelum memanggil KM menghadap, perlu ada keterangan untuk mewajarkan kehadiran beliau.

Oleh itu, kata Tunku Aziz, sekiranya orang memahami dengan sewajarnya, mereka tidak akan lagi membuat dakwaan tidak sihat terhadap SPRM.

Sebelum ini, Lim dilaporkan membeli banglo berkenaan di bawah harga pasaran daripada Phang Li Koon, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat yang membeli tanah Taman Manggis pada 2012 bagi membina sebuah hospital pakar.

Anggota Parlimen Tasik Gelugor Datuk Shabudin Yahaya menuduh Lim terlibat dengan amalan rasuah dalam pembelian dan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd