• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem VEP Mampu Atasi Masalah Kereta Klon Dan Saman – JPJ

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang dibangunkan bakal menyelesaikan masalah kereta klon dan saman melibatkan kenderaan dari luar negara.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sistem itu mendaftarkan kereta asing di pintu masuk negara bagi mengelakkan kenderaan berkenaan diklonkan sebelum dijual dengan harga murah di negara ini.

“Hampir 90 peratus kereta klon yang disita sekarang datangnya dari Singapura kerana negara itu melaksanakan dasar pelupusan kenderaan setiap lima tahun sekali dan sindiket mengambil kesempatan untuk dijadikan kereta klon.

“Melalui sistem ini juga, sebarang kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan luar, pemandu terlibat perlu menyelesaikan saman dan kompaun sebelum dibenarkan keluar dari negara ini,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Hari JPJ Ke-70 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah JPJ WPKL Datuk Md Ziki A.Rahman.

Mengulas lanjut, Ismail berkata sistem itu dijangka dilancarkan Jun nanti meliputi fasa pertama bagi Malaysia-Singapura.

“Fasa kedua Malaysia-Thailand dan fasa ketiga melibatkan Sabah, Sarawak, Indonesia dan Brunei akan dijalankan secara berperingkat,” katanya.

Menyentuh mengenai penubuhan pasukan petugas khas JPJ sejak awal tahun ini, Ismail berkata 26 anggota JPJ diberi latihan teknikal dan taktikal bagi menangani isu berkaitan kereta klon, lesen terbang dan tonto serta kes lain membabitkan jabatan itu.

“Bilangan anggota pasukan ini akan ditambah, pasukan elit ini juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Menyentuh mengenai jumlah kereta klon di negara ini, Ismail berkata sebanyak 1,708 kereta klon telah disita di seluruh negara dan menganggarkan sekitar 3,000 hingga 5,000 kereta klon telah berada di negara. – BERNAMA

Tags: JPJklon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd