• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Pengesan Bawah Air, Helikopter Perkukuh Kawalan Perairan Sabah

oleh Ahmad Albab
19/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengukuhkan kawalan di perairan Sabah dengan menggunakan sistem pengesan bawah air dan penempatan enam helikopter ringan MD-530G buatan Amerika Syarikat.

ATM akan menempatkan satu sistem pengesan bawah air di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Sabah dan satu sistem pemantau pesisir laut untuk Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bagi helikopter MD-530 keluaran syarikat Mcdonnell Douglas, keenam-enam buah helikopter itu akan diterima pada hujung tahun ini.

Perolehan helikopter berkenaan khusus untuk memperkuatkan serta memperkukuh pertahanan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), katanya.

“Kesemua aset ini akan ditempatkan di Sabah selain kita juga tempatkan Kenderaan Tempur Infantri (IFV25) iaitu ‘Gempita’. Teras keselamatan di Sabah sememangnya akan melibatkan aset-aset tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Kontrak dan Memorandum Persefahaman (MOU) pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 10 dokumen kontrak dan empat Letter Of Acceptance (LOA) bernilai RM2.9 bilion ditandatangani antara Malaysia dan beberapa syarikat pertahanan.

Selain itu, Hishammuddin berkata aset lain iaitu empat buah helikopter Blackhawk dari Brunei pula dijangka diterima selewat-lewatnya September ini.

“Ke bawah Duli Sultan Hassanal Bokiah kurniakan kepada kita Blackhawk dan kita akan naik taraf dan beli alat ganti sendiri.

“Perolehan ini bukan sahaja untuk perkukuhkan keselamatan di Sabah tetapi juga di Brunei,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan rondaan bersama bagi menangani kes lanun dan penculikan di perairan Laut Sulu, Hishammuddin berkata ancaman di perairan itu tidak boleh ditangani oleh sebuah negara sahaja.

“Apa yang dilakukan di perairan Selat Melaka boleh juga dilaksanakan di perairan Sulu.

“Pengalaman dengan Singapura dan Thailand di Selat Melaka boleh diguna pakai untuk tangani ancaman di kawasan perairan Sulu,” katanya.

Semalam, Hishammuddin dilaporkan bercadang menjemput Singapura dan Thailand untuk menjadi pemerhati bagi rondaan keselamatan di Laut Sulu.

Pameran DSA 2016 bermula hari ini sehingga Khamis itu menyaksikan penyertaan daripada 60 negara. – BERNAMA

Tags: ATMHishammuddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd