• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebanyak 5,553 Unit Rumah PR1MA Akan Dibina Di Perlis

oleh Ahmad Albab
13/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Sebanyak 5,553 unit rumah projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) akan dibina dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Perlis mulai tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Mat Hassan berkata pembinaan projek berkenaan dirancang di Kangar, Arau dan Padang Besar dan kini terdapat sebanyak 11,160 pemohon untuk rumah berkenaan.

Mat Hassan (BN-Kuala Perlis) menjawab soalan lisan Chan Ming Kai (PKR-Indera Kayangan) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Menurut Mat kerajaan negeri juga memohon pembinaan dua lagi projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di Chuping dan Padang Besar, masing-masing sebanyak 500 unit.

Katanya permohonan itu tidak termasuk pembinaan sebuah projek PPR mengandungi 400 unit rumah yang diluluskan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Arau, tidak lama lagi.

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan Yang Pertama (2015) Tahun 2016 turut diluluskan hari ini, setelah dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man. – BERNAMA

Tags: PerlisPR1MA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd