Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

OKU Maut, 20 Cedera...

WARSAW - Seorang maut, manakala 20 lagi cedera selepas sebuah bas yang membawa...

Berhenti Merokok Perlukan Tekad

KOTA BHARU - Bukan mudah untuk membuang tabiat yang sudah sebati dan menjadi...

FELDA Bukan Legasi Tun...

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mengingatkan kembali bahawa FELDA...

Just how to Wear...

It would be easy when there proved to be a very simple in-depth...

Saya Tak Suka Ambil Bekas Orang – Penerbit Teater Ombak Rindu

PEMENTASAN teater Ombak Rindu hanya tinggal dua hari sahaja lagi yang mana ia akan dipentaskan bermula 22 April ini hingga 1 Mei di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Mempertaruhkan dua muka baharu dalam dunia teater iaitu pasangan pelakon Keith Foo dan Uqasha Senrose, penerbit teater tersebut, Siti Rohayah Attan atau lebih dikenali sebagai Kak Roy berkata dia suka membuat kelainan dengan memaparkan wajah baharu dalam setiap naskhahnya.

“Saya tak suka ambil bekas orang bererti orang tu dah bagus dah hebat, baru kita nak ambil, jadi kita tak bagi peluang kepada orang baru.

“Seperti karya-karya dan naskhah-naskhah saya sebelum ini saya suka bawakan bunga dan kumbang baru dalam setiap persembahan.

“Kali ini saya bawakan Keith Foo dan Uqasha Senrose sebagai bunga dan kumbang baru seperti mana saya bawakan Amar Baharin dan Janna Nick dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Zombie La La La,” katanya ketika ditemui Mynewshub, baru-baru ini.

Walaupun gemar memberi peluang kepada pelakon baharu, itu tidak bermakna Roy melupakan pelakon-pelakon lama yang terlebih dahulu mencipta nama dalam bidang teater.

“Industri ini akan berkembang dengan adanya orang-orang baharu, orang lama tetap kita pelihara, orang baru kita beri pendedahan.

“Saya lebih suka mendidik, setiap orang tu kena ada first time dia, kena ada permulaan,” ujarnya lagi.

keith
Keith Foo dan Uqasha Senrose menjalani sesi latihan teater Ombak Rindu.

Selain Keith dan Uqasha yang bakal membawakan watak utama Izzah dan Hariz, naskhah ini turut dibintangi Nonny Nadirah, Zarina Zainoordin, Karl Shafek, Nad Zainal, Zaidi Omar, Izzue Islam, Ameer dan Aris Forteen.


Menurut Kak Roy lagi, teater Ombak Rindu adalah berbeza sama sekali dengan jalan cerita filem box office tersebut memandangkan dia mengikut seratus peratus jalan cerita daripada penulis novel, Fauziah Ashaari selain teater ini menggabungkan kesemua tiga siri novel sekali dalam satu pementasan tersebut.

“Pada asalnya beliau (Fauziah) memberi keizinan ke atas naskhah dan skripnya ditulis Rosminah Tahir jadi apabila sudah selesai skrip kita menyerahkannya kepada beliau dan beliau tiada sebarang bangkangan.

“Skrip tiada unsur-unsur yang lari dari karya itu, kita cuba sedaya mungkin memelihara karya asli penulis novel,” katanya lagi.

Teater Ombak Rindu diarahkan oleh A. Aris Kadir. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori