• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Pengerusi DAP Sarawak Tuduh Pencadang PKR Muflis?

oleh
26/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perang pertindihan di kerusi baharu, Batu Kitang semakin ‘panas’ apabila tuduhan DAP kononnya calon PKR tidak layak bertanding rupa-rupanya hanyalah alasan remeh yang sengaja diadakan oleh DAP.

Justeru PKR kemungkinan besar berhasrat mahu menyaman Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen kerana menuduh pencadang calon PKR kerusi itu sebagai muflis yang sebenarnya adalah tidak benar sama sekali.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Pengurus Kempen Calon PKR Batu Kitang, Simon Siah Sy Jen pada majlis pelancaran deklarasi calon berkenaan, Voon Shiak Ni di bilik gerakan PKR Sarawak di sini hari ini.

Ketika sidang media yang turut dihadiri calon penyandang kerusi Batu Lintang, See Chee How, beliau menyatakan semakan mereka malahan mendapati pencadang parti itu, Narawi Palayan Miniandi bukanlah berstatus muflis.

VoonShialNiVSAbdulAzizIsa (1)

“Saya sendiri selain Shiak Ni turut menyemak terus dengan pihak Jabatan Insolvensi Malaysia pada lewat malam sehari sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak,” tegas Sy Jen lagi kepada media.

Beliau juga mendedahkan salinan jabatan itu sebagai bukti Narawi, 59; bukanlah ‘jatuh bangkrap’, jauh berbeza dengan dakwaan Chieng Jin konon bagi membolehkan calon DAP, Abdul Aziz Isa bertanding di Batu Kitang.

Justeru, Sy Jen mendesak Chieng Jin membuat semakan fakta sebelum membuat tuduhan palsu serta terbukti menyebabkan kerosakan reputasi teruk terhadap Narawi yang merupakan akar umbi parti tersebut selama ini.

“Pegawai bertugas SPR bahkan menerima pencalonan Shiak Ni tanpa masalah dan tiada apa-apa isu berbangkit. Kami kesal dengan tuduhan Chieng Jen dan mungkin mengambil tindakan undang-undang jika perlu,” tegasnya.

dap-vs-pkr-1 (1)

Kerusi Batu Kitang bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru termasuk calon daripada Barisan Nasional, Lo Khere Chiang menentang wakil PKR tersebut yang kemudian dikhianati oleh DAP yang mencalonkan Abdul Aziz.

Anak muda Melayu itu sepatutnya bertanding di kerusi baharu Stakan, sebaliknya diubah saat-saat akhir susulan pengumuman secara mengejut Chieng Jie di ibu pejabat parti pembangkang tersebut di sini pada Ahad lalu.

Batu Kitang yang mempunyai seramai 17,494 orang pengundi berdaftar dengan majoritinya kaum Cina turut bakal menyaksikan pertembungan dua orang lagi daripada kaum Melayu sebagai mewakili calon bebas.

Mereka berdua masing-masing ialah Sulaiman Kadir, bekas pegawai di Jabatan Tanah dan Ukur dan seorang lagi calon bebas dikenal pasti sebagai Datuk Seri Othman Bojeng, 59, yang merupakan seorang ahli perniagaan. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Baca: PRN Sarawak – DAP ‘Tikam’ PKR Di Batu Kitang

Juga: Pesta ‘Tikam-Menikam’ Sesama Pembangkang

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN Jengka Persoal Kenyataan PMX: “Ini Kempen Atau Ugutan?”

ADUN Jengka Persoal Kenyataan PMX: “Ini Kempen Atau Ugutan?”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan tetap menjadi...

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon sokongan dan kepercayaan rakyat Johor untuk terus memberi mandat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd