Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Warganet Boleh Naik Kereta...

KUALA LUMPUR - Warganet atau mana-mana pihak yang mengecam reka bentuk model skala...

Bahasa Melayu Semakin Lenyap...

MELAKA - Faktor peredaran masa, globalisasi dan persekitaran setempat membuatkan bahasa Melayu semakin...

Labuan Catat Kenaikan 8.24%...

LABUAN - Sebanyak 1,095,452 pelancong dan pengunjung yang singgah bermalam memasuki pulau bebas...

Mangsa Maut Keracunan Alkohol...

SHAH ALAM - Jumlah mangsa yang maut akibat keracunan alkohol di sekitar Selangor...

Safiey Ilias Muncul Hos Program Trending TV Al Hijrah

MASIH ingat Safiey Ilias?

Mana mungkin kita lupa kerana kisah penghijrahannya menjadi satu fenomena sejak dua minggu lalu.

Safiey, 22, sudah bergelar jutawan muda sejak berusia 19 tahun. Namun sensasi utamanya ialah kisah keberanian menjalani pembedahan mengeluarkan implan payu dara semata-mata untuk kembali ke jalan Allah.

Safiey muncul secara eksklusif di TV Al Hijrah khamis lepas dalam program #PenghijrahanFenomena untuk menceritakan kisah masa lalunya yang penuh dengan maksiat hingga detik keinsafan yang mendorongnya meninggalkan dunia gelap sebagai pondan.

Sambutan luar biasa terhadap program itu membuatkan TV Al Hijrah mengambil langkah proaktif bagi memastikan kisah perjuangan berani Safiey terus dikongsi bersama masyarakat.

Bermula sebagai tamu, kini Safiey akan bergelar hos program tersebut. Tigas Safiey selepas ini untuk mengendalikan perkongsian kisah perhijrahan menuju
Jalan Allah.

Program 30 minit itu akan bersiaran setiap khamis 9.30 malam. Minggu ini, Safiey akan kembali dengan kisah pengalaman pertamanya berdakwah bersama jemaah tabligh selama tiga hari pada hujung minggu lalu.


Safiey juga besar kemungkinan akan mendedahkan kisah terkini mengenai rakan karibnya yang turut menjalani pembedahan implan baru-baru ini dan nekad kembali kepada fitrah Allah.

Siapa rakan akrab yang mengikuti jejak langkahnya? Jangan lupa bersama Safiey Ilias dan #PenghijrahanFenomena minggu ini.

Bagi peminat Dr. Zakir Naik, kekalkan iltizam anda untuk terus mengikuti kuliah ilmiah pendebat tersohor ini dalam program terbitan Peace TV, Tonight With Zakir Naik pada rabu 10.30 malam dan Khamis 8.30 malam.

Mari kita terus menjelejah persada kesedaran diri dan perjuangan memartabat Islam bersama kempen #IslamIsFirstClass di TV Al Hijrah.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori