Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Bandar Dnipro, Lutsk Diserang...

KYIV: Tentera Rusia dilaporkan mula menyerang bandar-bandar utama di ibu negara termasuk Dnipro...

Pil Kuda Hampir RM100K...

TANAH MERAH - Polis merampas kira-kira 6,000 biji pil kuda bernilai hampir RM100,000...

Trafik Ke Lembah Klang...

KUALA LUMPUR: Trafik perlahan dilaporkan di lebuh raya utama negara susulan pergerakan pulang...

AS, EU Kecam Polis...

BAITULMAQDIS: Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengetuai bantahan antarabangsa terhadap polis...

Safiey Kongsi Momen Implan Payudara Di TV Al Hijrah

“Saya bersendirian ke Hat Yai untuk lakukan pembedahan implan,” dedah Safiey Ilias dalam program #PenghijrahanFenomena di TV Al Hijrah.

BACA: Safiey Ilias Muncul Hos Program Trending TV Al Hijrah

BACA: Jutawan Muda Safiey Ilias Taubat, Nekad Buang ‘Payudara’

Safiey Ilias

Tanpa takut, dia pergi ke selatan Thailand dan nekad menjalani penbedahan untuk menikmati kehidupan sebagai wanita.

Menurut jutawan muda berusia 22 tahun itu, tanpa menyembunyikan perbuatannya, dia memaklumkan hal tersebut kepada bapanya setelah selesai memiliki payudara.

“Ayah hanya terdiam… tetapi kakak sangat marah,” kata Safiey.

Semua momen itu dikongsi dalam #PenghijrahanFenomena program bual bicara 30 minit yang akan disiarkan pada Khamis, 28 April jam 8.30 malam.

Meskipun berdebar menghadapi momen berada seorang diri di hospital, semua itu tidak mengubah tekadnya untuk bergelar wanita.

Safiey menjadi jutawan pada usia 19 tahun. Justeru, wang bukan halangan untuk mencapai keinginannya.


Namun, akhirnya Safiey sedar. Wang bukan segalanya. Malah, mengubah fitrah Allah adalah satu dosa besar.

Dua minggu lalu, Safiey dengan penuh rasa insaf menjalani satu lagi pembedahan. Kali ini mengeluarkan implan payudara untuk kembali menjadi lelaki sejati.

Safiey Ilias

“Kakak sangat gembira. Dia peluk dan cium dahi saya dan menyatakan rasa bangga kerana sudah mendapat kembali adik lelakinya,” kata Safiey.

Program bual bicara ini dihos dan diterbitkan Syirfan Indra Mitra Surya Hussin.

Bagi Safiey, dia terharu dengan kesabaran dan doa keluarga yang tidak putus-putus mengharapkan dirinya kembali ke jalan Allah.

“Insyallah.. sekarang saya mahu berdakwah demi Islam,” katanya lagi.

Jangan ketinggalan mengimbau momen-momen trajik dan dramatik Safiey Ilias dalam #PenghijrahanFenomena di TV Al Hijrah pada Khamis, 28 April, jam 9.30 malam. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori