Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

China: Negara Paling Pesat...

CHINA merupakan satu kuasa ekonomi yang digeruni. Jika dilihat pada trend ekonomi terkini,...

Dewan Rakyat Kecoh Isu...

KUALA LUMPUR - Sesi perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh...

Memalukan Apabila Ahli Parlimen...

Kek coklat melayang ke muka? Mungkin selalu kita saksikan dalam drama tetapi...

Najib Hadiri Majlis Makan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menghadiri...

Redza Minhat Sindir Hafiz Hamidun Terbit Buku Penuh Selfie?

PELAKON Redza Minhat baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan di laman Twitter seolah-olah memerli seseorang yang boleh menerbitkan buku dengan hanya memaparkan gambar selfie beserta beberapa baris kata-kata hikmah semata-mata.

Menulis, “Tempek selfie dengan caption pun boleh print jadi buku ke? Bestnya”.

redza

Mungkinkah Redza menujukan twit itu kepada selebriti Hafiz Hamidun yang juga dikhabarkan baharu sahaja melancarkan buku berjudul Cerita Hati Hafiz Hamidun yang mengandungi pelbagai koleksi gambarnya selain kata-kata motivasi buat penggemar setianya.

Zaman sekarang tidak dinafikan, banyak penjualan buku-buku jenis sastera baharu yang menampilkan hanya beberapa patah puisi yang kemudiannya dijual oleh syarikat penerbitan buku indie yang semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda.

hafiz

hafiz1

hafiz2


Mungkin jenis penulisan sebegini menjadi minat dan kegilaan dalam kalangan remaja masa kini.

Mungkin selepas ini Redza boleh pula mengumpulkan koleksi status twittnya untuk dihasilkan menjadi sebuah buku pula selepas ini?

Mana tahu boleh jadi hits dan meletup sebab kadang-kadang pandangan yang diutarakan aktor ini juga ada bernasnya.

Bagi yang kurang mengenali Redza, dia merupakan pelakon filem Pisau Cukur bergandingan dengan dua aktres jelita, Nur Fazura dan Maya Karin suatu ketika dahulu.

Mempunyai pekerjaan tetap di sebuah institusi perbankan negara, Redza seorang yang aktif berinteraksi dengan pengikutnya di laman sosial Twitter. – MYNEWSHUB.CC

Sumber:  Forum Cari

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori