• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Zarith Sofiah Lancar Buku Visions Of Peace

oleh Ahmad Albab
24/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah malam ini berkenan melancarkan buku bertajuk Visions of peace”, penerbitan pertama oleh Association of Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE).

Pelancaran buku setebal 300 muka surat itu di Kuala Lumpur Golf and Country Club di sini mencerminkan visi dan misi PCORE untuk memupuk keamanan melalui budaya menghormati dan menghayati nilai-nilai diversiti, kepelbagaian budaya dan inklusif secara mendalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Raja Zarith Sofiah selaku penaung diraja PCORE berkata buku itu yang disusun dalam tiga bahagian itu merupakan koleksi substantif laporan, ucapan dan artikel yang dihasilkan oleh pemimpin pemikiran yang terbaik di negara ini.

“Penulisnya terdiri daripada ahli-ahli yang dihormati masyarakat dan ahli akademik serta ahli biasa persatuan yang telah menyumbang visi yang unik untuk keamanan.

“Kami berasa teruja untuk membaca pandangan satu kumpulan yang mewakili rakyat Malaysia,” kata beliau.

Turut hadir pada majlis pelancaran buku itu ialah presiden PCORE Datuk Halimah Mohd Said dan timbalan presiden PCORE Prabhakaran Nair.

Raja Zarith Sofiah berkata keputusan untuk menubuhkan persatuan lima tahun lalu adalah didorong oleh amalan bersembang oleh anggota persatuan dalam laman Facebook mengenai isu-isu negara dan antarabangsa.

“Kami bimbang mengenai suara-suara yang melahirkan perbezaan pendapat dan rasa tidak puas hati yang semakin meningkat di kalangan masyarakat terutama di media sosial dengan janji untuk mewujudkan kebebasan berfikir, bersuara dan melahitrkan pendapat.

“Sesetengah daripada komen yang dibuat dalam Facebook kadang-kala kasar dan tidak sopan mengenai pergolakan berhubung isu-isu yang memberi kesan negatif kepada kehidupan rakyat biasa,” katanya.

Oleh itu, Raja Zarith Sofiah berkata kira-kira enam anggota persatuan mula berfikir bahawa satu mekanisme balas adalah perlu untuk menyediakan wacana alternatif berasaskan tiga konsep teras – keamanan, hati nurani dan kewajaran.

Buku itu boleh didapati di kedai-kedai buku MPH dan berharga RM69. – BERNAMA

Tags: Raja Zarith Sofiah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Zahir Ucapan Selamat Hari Ibu

Tunku Mahkota Ismail Zahir Ucapan Selamat Hari Ibu

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu menerusi satu hantaran di media sosial...

Agong, Raja Permaisuri Agong Ucap Selamat Hari Ibu

Agong, Raja Permaisuri Agong Ucap Selamat Hari Ibu

10/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd