• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sarawak: PAS Sedia Lawan PKR, DAP

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – PAS sedia berhadapan pertembungan dengan parti komponen pakatan pembangkang di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan datang.

Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili berkata, sehingga kini parti itu menjangkakan bakal berlaku perebutan di sekurang-kurangnya lima kerusi membabitkan Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

“PAS sedar akan kemungkinan bakal berlaku pertembungan antara Pakatan Harapan khususnya di kerusi yang ditandingi PKR pada pilihan raya yang lalu seperti Kakus, Jepak dan Lambir.

“Namun berdasarkan maklum balas akar umbi yang cukup positif, PAS terpaksa bertanding di kerusi-kerusi berkenaan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Selain itu menurut Muhtar, walaupun PAS dan PKR sudah melakukan perbincangan berhubung isu pembahagian kerusi sempena PRN Sarawak, namun ia menemui kegagalan.

“Sebelum PAS umumkan calon, kita ada bincang dengan PKR tapi ia gagal. Jadi kita terpaksa teruskan untuk bertanding walaupun bakal berlaku pertembungan. Namun kita tak bincang dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

“Kita jangkakan DAP akan meletakkan calon di kerusi Pujut yang majoritinya adalah pengundi Cina dan di kerusi baharu iaitu Samalaju,” katanya.

Ditanya sama ada PAS akan berkompromi dengan PKR, DAP dan Amanah pada saat-saat akhir bagi mengelak berlakunya pertindihan kerusi antara parti pembangkang, Muhtar bagaimanapun enggan membuat sebarang jangkaan awal.

“Tidak (kompromi). Tapi masih terlalu awal nak ulas. Anda perlu tunggu sehingga hari penamaan calon. Tarikh pilihan raya pun belum tahu lagi.

“Buat masa ini kami tetap akan bertanding di 11 kerusi berkenaan seperti yang diumumkan,” katanya.

Pada 6 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 11 kerusi iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Pada PRN Sarawak 2011, PAS bertanding di lima kawasan namun gagal memenangi sebarang kerusi. – The Star/mStar Online

Tags: PASPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanada Hadapi Krisis Orang Asli Bunuh Diri

Next Post

Dr. Zakir Akui Sedih Dengan Sikap Sebilangan Orang Islam

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Dr. Zakir Akui Sedih Dengan Sikap Sebilangan Orang Islam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd