• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sarawak: Klip Video Adenan Cuit Hati Netizen

oleh
27/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri mempunyai cara unik menyampaikan mesej kempen politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 pada kali ini.

Bersama-sama Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr. Sim Kiu Hian, mereka mengambil inisiatif meraih sokongan rakyat melalui video kempen yang bersifat lebih positif berbanding pembangkang.

Contohnya, klip video DAP lebih bersifat menghasut rakyat membenci BN apabila mengetengahkan isu-isu nasional seperti GST, 1MDB yang sememangnya rakyat Sarawak sendiri sudah bosan dengan isu lapuk terbabit.

Namun, berlainan pula dengan klip video yang dihasilkan oleh Adenan dan Kiu Hian yang tampak lebih mesra menyeru rakyat Sarawak untuk bersatu padu tanpa mengira agama, kaum dan usia di mana jua mereka berada.

Video berdurasi 4:24 minit yang bertajuk ‘A Love Song To Sarawak For All Anak-anak Sarawak’ khabarnya telah mendapat lebih 154,000 kali tontonan selain lebih 3,000 perkongsian dan telah mendapat lebih 3,000 tanda suka.

Lirik lagu klip video berkenaan agak unik apabila ditulis dalam empat bahasa utama penduduk negeri ini iaitu bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Melayu Sarawak yang menampilkan golongan dewasa serta kanak-kanak.

hqdefault

Pada akhir klip video berkenaan turut didendangkan lagu kebangsaan negeri Sarawak iaitu ‘Ibu Pertiwiku’ yang dinyanyikan oleh sekumpulan murid sebuah sekolah rendah dan memaparkan wajah pelbagai etnik tempatan.

Apa yang lebih menarik, selain kemunculan Kiu Hian selaku calon BN bagi kerusi N.14 Batu Kawa, penampilan Adenan di hujung cerita menjadi pemandu bas kepada kanak-kanak sekolah jelas mencuit hati ramai netizen.

Jelas mesej yang hendak disampaikan menunjukkan bahawa Adenan umpama seorang nakhoda yang mengemudi anak-anak kapalnya itu untuk menuju ke arah perjalanan yang membawa kejayaan kepada anak-anak kecil.

Dalam video itu, Adenan bertanyakan kepada Kiu Han: ‘Sim, Are we ready to go now’ membawa maksud adakah bersedia menghadapi PRN kali ini dan dijawab ‘Yes! Lets go! menunjukkan beliau yakin menjadi ‘Team Adenan’.

Adenan bukan sahaja mengetuai parti komponen terbesar BN di Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tetapi juga menerajui BN negeri itu buat kali pertama untuk menghadapi cabaran pada PRN kali ini.

Begitu juga dengan Kiu Hian yang pertama kali menerajui partinya, SUPP parti komponen BN pada PRN kali ini dengan misi untuk menawan kembali kerusi-kerusi yang dikuasai oleh parti lawan. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd