• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sarawak: Isu Agihan Kerusi Belum Selesai

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Walaupun tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) telah diumumkan, beberapa kerusi dan isu-isu pencalonan dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) masih belum diselesaikan.

Dua daripadanya, SUPP dan SPDP masih terlibat dengan tuntutan bertindih kerusi membabitkan parti serpihan mereka iaitu UPP dan Teras.

Ahli daripada empat parti, kecuali Naib Presiden SUPP, Datuk Francis Harden, tidak hadir ketika Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan tarikh pembubaran DUN pada Khamis.

Presiden PRS, Tan Sri James Masing berkata beliau “terkejut” apabila Adenan mahu membuat pengumuman itu selepas mesyuarat Kabinet negeri.

“Selepas mesyuarat itu, kami makan tengah hari. Keadaan adalah sangat tenang. Kami memandang antara satu sama lain – sambil terfikir siapa yang akan dikekalkan sebagai calon?” katanya pada Khamis.

PRS adalah satu-satunya parti Barisan Nasional (BN) yang semua calonnya sudah disahkan dan diumumkan Adenan.

PRS akan bertanding di 11 kerusi.

“Kami tidak ada masalah. Nasihat saya kepada pihak yang terlibat, sila selesaikan masalah anda dengan segera kerana kita tidak mempunyai banyak masa lagi,” kata Masing.

Daripada 82 kerusi, BN masih belum mengumumkan separuh daripadanya.

Presiden SUPP, Datuk Dr. Sim Kui Hian berkata pilihan raya negeri akan datang adalah kritikal untuk rakyat Sarawak kerana salah satu isu utama adalah untuk memperoleh autonomi negeri.

“Hanya kerajaan negeri yang kuat boleh meyakinkan Kerajaan Persekutuan dalam rundingan,” kata Dr. Sim.

Beliau menambah bahawa “pasukan baru” SUPP telah memberi tumpuan kepada akar umbi dan bersedia untuk pilihan raya akan datang.

Lawannya, Presiden UPP, Datuk Seri Wong Soon Koh, berkata Adenan mempunyai kata pemutus terhadap isu itu.

“Kami serahkan kepada Ketua Menteri untuk memilih parti yang paling boleh menang untuk menjadi sebahagian daripada pasukannya,” katanya. – mStar Online

Tags: Adenan Satemsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd