• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: Kubu Kuat DAP Padungan Dilanda Deman Adenan

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak sudah memasuki hari keenam dan tinggal enam hari sahaja lagi sebelum pengundian, suasana kempen ‘perang bendera’ kali ini nampaknya jauh benar berbeza.

Ternyata jentera pembangkang betul-betul ‘lesu’ menghadapi PRN ketika ini yang diwarnai Demam Adenan atau disebut penduduk Sarawak sebagai Adenan Fever merujuk kepada aura Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem.

Tinjauan di sekitar ibu negeri mendapati, Barisan Nasional (BN) berjaya ‘menawan’ banyak kawasan tumpuan awam dengan menyaksikan ratusan bendera lambang dacing bergantungan menghiasi ratusan deretan kedai lama.

Ini dapat dilihat di sekitar Jalan Carpenter, Jalan Bishop Gate, Jalan Ewe Hai dan Jalan China yang bersebelahan bangunan Pejabat Pos Besar dan Hotel Waterfront berdekatan Jalan Abang Haji Openg dan Jalan Main Bazar.

Kawasan ini amat terkenal dalam kalangan pelancong asing dan warga tempatan untuk bersiar-siar kerana terletak berhampiran tebingan menghadap mercu tanda, kompleks Dewan Undangan Negeri di seberang Sungai Sarawak.

pad2

pad4

Ketiadaan langsung bendera roket lambang DAP menimbulkan tanda tanya besar kepada banyak pihak termasuk penduduk setempat sendiri sehingga ada juga yang salah faham menyangka ini kawasan kubu kuat BN pula.

Untuk makluman, ini merupakan kerusi Padungan yang ditandingi penyandangnya, Wong King Wei, seorang peguam mengalahkan calon BN, Sim Kiang Chiok ketika PRN ke-10 pada 2011 lalu dengan majoriti 7,884 undi.

Dengan memiliki kira-kira 22,301 pengundi berdaftar, adalah sesuatu yang cukup luar biasa apabila DAP ‘malas’ bekerja keras memasang bendera di kawasan itu sendiri seolah-olah yakin penduduk tidak ‘mengkhianati’ mereka.

Semasa PRN ke-9 pada 2006, kerusi Padungan dimenangi calon PKR, Dominique Ng Kim Ho dengan majoriti 8,002 undi. Secara teknikal tempat ini memang dikategorikan sebagai kawasan hitam bagi BN sejak dua penggal.

Namun, Demam Adenan mengubah senario PRN ke-11. Calon BN, Peter Pau, yang juga Setiausaha Publisiti SUPP; parti berasaskan etnik Tionghua di Sarawak, akan menentang King Wei dan calon parti Star, Teo Kuang Kim. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd