• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: 10 Aje Dengar Ceramah LGE Di Kubu Kuat DAP

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Di manakah silapnya kerana ini bukan kawasan kubu kuat Barisan Nasional (BN) lebih dua penggal sejak sedekad lalu malah calon parti pemerintah pun dilaporkan langsung malu alah untuk melalui tempat ini.

Namun inilah yang menjadi mimpi ngeri buat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri apabila ceramah politiknya mendapat sambutan di luar dugaan banyak pihak kerana hanya dihadiri kira-kira 10 orang sahaja.

Rakaman video ceramah beliau tersebut di Padungan yang terletak di pusat bandar raya ibu negeri Sarawak itu menjadi viral di media sosial tempatan sehingga ramai berasa sedih tidak percaya melihat keadaan berkenaan.

Jumlah 10 orang itu pun setelah ditolak petugas jentera DAP sendiri. Kalau angka ini sahih, maka ceramah Guan Eng itu mungkin sesuai dimasukkan dalam Malaysia Book of Records sebagai kehadiran penonton paling sikit.

DAP Padungan

DAP Padungan

Jika beginilah ceramah otai DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, bayangkan penerimaan masyarakat Cina di bumi kenyalang terhadap parti pembangkang Semenanjung itu.

Kerusi Padungan merupakan kubu kuat DAP sejak PRN ke-10 pada 2011 lalu dengan penyandangnya, Wong King Wei bertanding sekali lagi menentang calon BN, Peter Pau dan seorang calon parti tempatan, Star, Teo Kuang Kim.

Berdasarkan rakaman visual ceramah tersebut, Guan Eng seolah-olah bercakap syok sendiri ketika menghentam kezaliman kerajaan BN Sarawak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling kawasan premis perniagaan tersebut. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Baca: Kubu Kuat DAP Padungan Dilanda Deman Adenan

Juga: Ceramah Pengerusi DAP Sarawak Cuma 300 Aje

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd