• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pantau Media Sosial, Blog Semasa PRN Sarawak Ke-11

oleh Ahmad Albab
21/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis Sarawak akan memperketatkan langkah keselamatan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 termasuk pemantauan terhadap media sosial bagi mengelakkan elemen negatif menganggu ketenteraman awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dev Kumar M. M. Sree Shunmugam berkata pemantauan ini melibatkan komentar serta komen yang ditulis oleh blogger dan pengguna internet dalam media sosial.

“Kita akan ambil tindakan sekiranya tindakan mereka boleh menjejaskan keselamatan awam,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan anggota polis pelbagai pangkat dari JSJ di Lapangan Terbang Miri hari ini, bagi membantu mengawal keselamatan semasa PRN ke-11.

Dev Kumar berkata polis akan turut memantau sesi ceramah sepanjang tempoh kempen pilihan raya terutamanya kandungan ucapan penceramah.

Beliau memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan pada masa ini adalah terkawal dan keadaan sedemikian akan dipastikan berterusan sepanjang pilihan raya negeri kali ini.

“Kita jangka PRN ke-11 akan berjalan dengan lancar,” katanya.

Seramai 253 anggota polis JSJ akan tiba di Sarawak secara berperingkat-peringkat hari ini dan akan ditempatkan di Sibu, Bintulu, Miri dan Lawas.

Beliau berkata secara keseluruhannya seramai 1,162 anggota polis dari JSJ ditugaskan untuk menyiasat kesalahan pilihan raya pada kali ini.

“Dari jumlah tersebut seramai 555 anggota adalah dari Semenanjung,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 25 April depan sebagai tarikh penamaan calon dan 7 Mei sebagai hari pengundian. – BERNAMA

Tags: media sosialPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Pas Melaka, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyindir Ketua Pemuda UMNO kerana didakwa...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd