• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Tahan 2 Lelaki Menyamar Polis, Samun Warga Asing

oleh Ahmad Albab
20/04/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Polis Melaka menahan dua lelaki tempatan dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan menyamun warga asing di sekitar negeri ini, kata Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din.

Beliau berkata lelaki berusia 28 dan 32 tahun itu ditahan ketika cuba menyamun seorang lelaki warga Bangladesh di kawasan berhampiran Balai Polis Malim kira-kira 5.30 petang pada Sabtu lepas.

“Anggota peronda melihat kedua-dua suspek tersebut sedang memeriksa warga Bangladesh berkenaan sebelum berhenti untuk bertanya apa berlaku. Kedua-dua suspek tersebut panik dan melarikan diri bersama beg milik mangsa mengandungi telefon bimbit dan wang tunai RM110,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya anggota polis berkenaan mengejar mereka yang menaiki sebuah motosikal sebelum kedua-duanya berjaya ditahan tidak jauh dari tempat kejadian dan hasil sisatan awal mendapati lelaki berusia 28 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah

Beliau berkata kedua-dua lelaki berkenaan mengaku terlibat dalam 10 kes menyamar sebagai polis serta menyamun warga asing di sekitar Malim dan Batu Berendam.

“Suspek juga menggunakan pisau atau parang untuk menyamun mangsa mereka yang rata-ranya terdiri daripada pekerja kilang warga Nepal, Vietnam dan Bangladesh,” katanya.

Ramli berkata kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 23 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai anggota polis dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun. – BERNAMA

Tags: PDRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Roti Bakar Keju Berpelangi Makanan Trending Di Hong Kong

Next Post

Video: Wanita Bertengkar Rebut Kotak Parkir Kereta

Related Posts

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan pempengaruh media sosial dikenali sebagai 'CEO Batu'...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

Next Post

Video: Wanita Bertengkar Rebut Kotak Parkir Kereta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd