• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Point Penting Dari Ceramah Dr Zakir Naik Di Imtiaz Besut

oleh Ahmad Albab
15/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sedikit Perkongsian Point Penting Dari Ceramah Dr Zakir Naik di Imtiaz Besut, Terengganu

Petikan: Facebook Tuan Asmawi Tuan Umar 

1. Dalam Al Quran yang diturunkan 1400 tahun lampau ada beribu fakta sains dan tidak ada satupun yang bercanggah dengan “established science”

2. Dr Zakir Naik menjelaskan beliau tidak menggunakan sains untuk membenarkan Al Quran tetapi menggunakan apa yang dianggap oleh kebanyakan atheist sebagai fakta yang superior ( science ) dan menunjukkan bahawa fakta yang superior bagi dirinya ( Al Quran ) mendahului sains. Dr Zakir Naik mengemukakan banyak ayat Quran yang membicarakan tentang ilmu perkembangan embrio di dalam kandungan, ilmu tentang kitaran air, teori Big Bang dan banyak lagi yang mana baru saja ditemui oleh saintis dunia walhal ianya jelas disebutkan oleh Al Quran 1400 tahun lalu.

3. Hanya yang mencipta boleh mengetahui tentang ciptaannya secara detail. Begitu juga Al Quran, banyak fakta sains di dalamnya sudah berjaya dibuktikan dengan sains moden kerana yang menurunkan Al Quran itu adalah pencipta itu sendiri.

4. Ada seorang Non Muslim bernama Carlos bertanya tentang Old Testament dan New Testament. Yang manakah di antara keduanya yang boleh dia percayai. Dr Zakir Naik menjawab, The Last Testement ( Al Quran )lah yang Carlos harus percaya kerana ianya adalah pesanan Jesus itu sendiri seperti di dalam chapter 16 Gospel Of John ” I have yet many things to say unto you, but you cannot bear them now. However when he, the Spirit of truth is come, he will guide you unto all truth: for he shall not speak of himself; but whatsoever he shall hear, that shall he speak: and he will show you things to come. He shall glorify me”.

5. Dr Zakir Naik tidak memaksa Carlos untuk masuk Islam ketika Carlos mengatakan dia belum bersedia walaupun Carlos sudah mengatakan bahawa dia percaya Jesus bukan Tuhan dan percaya bahawa Nabi Muhammad saw adalah Rasul Allah. Dr Zakir Naik mendoakan Carlos mendapat hidayah dan meminta Carlos mengkaji lebih dalam tentang Islam.

6. Dr Zakir Naik menyatakan bahawa beliau sedar beliau mempunyai ramai peminat begitu juga musuh. Beliau juga sedar ada beberapa orang Islam yang tidak menyukai dirinya. Beliau mengatakan beliau terbuka untuk menerima teguran kerana beliau percaya manusia bukan maksum. Beliau cuma meminta orang Islam yang telah menuduhnya membuat sesuatu yang bertentangan dengan Islam untuk datang bersemuka dengannya atau mengemukakan referensi daripada ayat Al Quran yang bercanggah dengan perbuatannya. Jika ada yang bercanggah, beliau sanggup mengaku salah.

7. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Hindraf yang telah memberinya publisiti percuma. Beliau berkata selepas berita tentangnya dan Hindraf menjadi Headline berita dan suratkhabar, bilangan orang yang akan ke KL untuk mendengar ceramahnya meningkat mendadak.

8. Jika ada Non Muslim yang tidak suka Islam yang tidak berperikemanusiaan, Islam yang menindas wanita, Islam yang tidak percaya sains, Islam yang tidak menggunakan logik ketahuilah bahawa beliau juga tidak suka agama yang begitu. Beliau suka untuk memberitahu Non Muslim bahawa apa yang mereka sangkakan itu bukanlah Islam yang sebenar. Masih banyak Non Muslim menganggap perbuatan Muslim itu adalah Islam padahal bukan semua perbuatan dan tingkah laku Muslim itu adalah Islam

12 April 2016
Imtiaz Besut, Terengganu

Tags: penceramahZakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kadar Air Di Pulau Pinang Dikawal Kerajaan Persekutuan

Sekatan Terhadap Penceramah Asing Pro-Zionis Demi Keselamatan, Imej Negara – Zambry

26/04/2024
0

Putrajaya: Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka....

Polis Johor Terima 16 Laporan Penceramah Hina Institusi Diraja

Polis Johor Terima 16 Laporan Penceramah Hina Institusi Diraja

16/03/2023
0

Polis Johor setakat ini telah menerima 16 laporan berhubung seorang penceramah lelaki yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd