• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Tentera Bawa 32,000 Liter Diesel Ditahan

oleh Ahmad Albab
03/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) Kedah menahan seorang pesara tentera bersama sebuah lori yang membawa muatan 32,000 liter diesel Khamis lalu, kerana menyalahgunakan permit dan dokumen penghantaran minyak.

Komander AKSEM Kedah, Abd Latif Abdul Rahman berkata pesara berusia 44 tahun dan lori dipandunya ditahan kira-kira 4.30 petang ketika sepasukan anggota risik AKSEM Bukit Kayu Hitam membuat rondaan di kawasan Ladang Rakyat Bukit Kayu Hitam.

Beliau berkata suspek lelaki yang berasal dari Sungai Bakap, Pulau Pinang itu mendakwa sebagai pemandu lori di syarikat Pandamaran Synergy Petrolium, Pulau Pinang.

“Suspek dikatakan diminta kawannya yang tidak dapat bertugas untuk membawa minyak tersebut ke kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam di sini dengan bayaran upah RM85 bagi setiap penghantaran.

“Semasa penghantaran, suspek hanya diberi pelan untuk ke tempat tersebut (kawasan perindustrian) namun telah tersesat masuk ke kawasan Ladang Rakyat Bukit Kayu Hitam dan kemudiannya ditahan oleh AKSEM,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks AKSEM di sini hari ini.

Abd Latif berkata berdasarkan dokumen, suspek sepatutnya menghantar minyak dari Pulau Pinang ke sebuah syarikat yang mengedarkan minyak di Klang, Selangor, namun minyak tersebut dibawa ke sini dipercayai untuk diedarkan di kawasan ini.

Susulan itu katanya, suspek bersama kenderaan dianggarkan bernilai RM200,000 dan minyak bernilai RM43,200 itu ditahan dan dibawa ke pejabat AKSEM Bukit Kayu Hitam atas kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barangan kawalan dengan niat melakukan kesalahan.

Abd Latif berkata minyak tersebut dipercayai diedarkan ke pangkalan-pangkalan kecil di sekitar kawasan perindustrian di sini serta tidak menolak kemungkinan ia juga untuk diseludup ke negara jiran, Thailand.

Jika disabitkan kesalahan, individu boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan kedua denda RM200,000 atau lima tahun penjara.

Bagi syarikat pula, boleh didenda RM250,000 bagi kesalahan pertama atau setahun penjara manakala RM500,000 bagi kesalahan kedua atau dua tahun penjara.

Kes diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Kubang Pasu untuk siasatan lanjut, katanya. – BERNAMA

Tags: Diesel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

Harga Minyak Naik Lagi

Harga Minyak Naik Lagi

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga bahan api tanpa subsidi mengalami peningkatan sekali lagi apabila kerajaan mengumumkan pelarasan terbaharu harga runcit petroleum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd