• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan RM1.3 Juta Untuk Kemudahan Infrastruktur DUN Nangka

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka boleh menjangkakan mendapat manfaat daripada pembangunan berterusan di bawah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) seperti perancangan sebelum ini.

Ia antara lain kerana RM1.3 juta telah diperuntukkan bagi membina kemudahan infrastruktur di kawasan itu, kata calon BN dan penyandang kerusi DUN berkenaan, Dr Annuar Rapa’ee.

Beliau menjelaskan infrastruktur itu termasuk surau, kuarters dan tanah perkuburan baharu yang dirancang sewaktu beliau menjadi wakil rakyat di situ.

Ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Datu dan Kampung Hilir, pakar kardiologi itu menarik perhatian bahawa isu perumahan dan pemilikan lot, serta pendidikan menjadi antara fokus utama kempennya.

“Ketiga ialah membantu belia dan usahawan muda yang tidak mempunyai pekerjaan menjalankan perniagaan. Menambah pendapatan isi rumah penduduk di kawasan ini turut menjadi perhatian saya,” katanya.

Dr Annuar akan berdepan calon PKR, Abdul Rafidin Majidi dan Tiong Ing Tung dari STAR, pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11, 7 Mei ini.

Beliau seterusnya berkata kerajaan turut memperuntukkan tanah seluas 160 hektar sebagai penempatan baharu, yang merupakan masalah utama penduduk di kawasan itu.

Pengundi warga emas Wasil Morni, 88, berkata Dr Annuar banyak membantu rakyat termasuk mewujudkan penempatan baharu untuk penduduk mangsa kebakaran kampung Melayu tertua di kawasan itu pada 2013.

“Banyak yang dia (Dr Annuar) dah buat, termasuk majukan ekonomi orang Melayu di sini,” katanya.

Bagi peniaga Amar Mohd Faruk, 47, dari Kampung Bandong dekat sini, beliau berkata Dr Annuar telah melakukan perubahan termasuk menyediakan kemudahan gerai untuk penduduk tempatan berniaga.

Amar, bagaimanapun berkata penduduk di kawasan majoriti penduduk Melayu-Melanau itu berdepan isu kekurangan ruang tanah perkuburan Islam dan berharap ia dapat diselesaikan segera selepas pilihan raya negeri itu.

DUN Nangka mempunyai lebih 18,000 pengundi. – BERNAMA

Tags: DUNPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

8 Cedera Kemalangan Di Mambau

Next Post

PRN: Marah ‘Haram’ Masuk Sarawak, Tony Ceramah Video Live

Related Posts

PH-BN Optimis Bentuk Kerajaan Negeri Di Kedah

PH-BN Optimis Bentuk Kerajaan Negeri Di Kedah

09/08/2023
0

ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengulangi keyakinan sudah memiliki 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk...

Penamaan Calon Esok Buka Gelanggang Rebut 245 Kerusi DUN

Penamaan Calon Esok Buka Gelanggang Rebut 245 Kerusi DUN

28/07/2023
0

KUALA LUMPUR - ‘Gelanggang’ Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menyaksikan pertandingan di 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di...

Next Post

PRN: Marah 'Haram' Masuk Sarawak, Tony Ceramah Video Live

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd