Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Ramai Meninggal, Semoga Ada...

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa bimbang dengan jumlah kematian akibat Covid-19...

Terbaiklah Pak Cik Grab!...

KUALA LUMPUR – Rata-rata pengguna perkhidmatan GrabCar atau Uber pasti akan berdepan dengan...

Larangan Bertudung Langgar Perlembagaan...

KUALA LUMPUR - Larangan bertudung terhadap pekerja wanita di bahagian kaunter hotel tidak...

Ahmad Hazwan Raih 2...

PETALING JAYA - Penyerang kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri menamatkan musim ini dengan bergaya selepas...

Perlis, Kedah & Pahang Perlu Pembenihan Awan

PUTRAJAYA – Negeri Perlis, Kedah dan Pahang memerlukan pembenihan awan untuk mengurangkan kesan cuaca panas dan kering yang dihadapi negara sekarang, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Datuk Zaitun Ab Samad.

Beliau berkata kumpulan kerja bagi menangani situasi panas dan kering bermesyuarat hari ini bagi menentukan jumlah kekerapan dan tempoh untuk melakukan proses pembenihan awan di negeri tersebut.

“Pihak agensi telah menerima arahan daripada Kabinet untuk melakukan pembenihan awam dalam skala yang besar dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia dan Meteorologi Malaysia di kawasan yang memerlukan,” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri mesyuarat kumpulan kerja menangani situasi panas dan kering di sini, hari ini.

Zaitun berkata secara putara RM80,000 diperlukan untuk setiap operasi pembenihan awan dan kesemua kos ditanggung oleh Majlis Keselamatan Negara.


“Buat masa ini pembenihan awam dilakukan secara kecil-kecilan di Sabah oleh syarikat swasta dengan kerjasama Meteorologi Malaysia memandang negeri itu kini mempunyai takungan air yang rendah di empangan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori