• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyedia Makanan SMS Tapah Berdepan Larangan Beroperasi

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Penyedia makanan di asrama Sekolah Menengah Sains Tapah berdepan larangan beroperasi di mana-mana kantin sekolah di seluruh negara jika didapati cuai sehingga menyebabkan keracunan makanan dalam kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, sebarang keputusan yang akan diambil hanya ditentukan selepas pihaknya menerima laporan siasatan kes keracunan itu termasuk ujian makmal.

“Kementerian Pendidikan telah menamatkan perkhidmatan pengusaha makanan di asrama itu serta-merta berikutan kes keracunan tersebut” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Presiden MIC bersama pemimpin pertubuhan bukan kerajaan di sini, Selasa malam.

Pada Sabtu lepas, 43 pelajar dan seorang guru mengalami keracunan makanan dipercayai selepas makan roti jala dan kari ayam yang dihidangkan di dewan asrama sekolah itu untuk makan lewat malam.

Sehingga kini, 25 pelajar masih ditahan di Hospital Tapah bagi menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam sidang media sama berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang.

Sehubungan itu, Dr Subramaniam berkata, kementerian telah menjalankan tindakan kawalan dan pencegahan; pengesanan kes; mengenal pasti punca dan pemeriksaan dapur asrama.

“Selain itu, kementerian juga telah mengambil sampel makanan, persekitaran serta klinikal dan memberi pendidikan kesihatan kepada warga sekolah,” katanya. – BERNAMA

Tags: keracunanpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd