Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Caitlyn Jenner Sambut Hari...

WALAUPUN sudah membuat transformasi menjadi seorang wanita, Caitlyn Jenner tetap menghargai anak-anaknya dan...

Gambar Unik Bangunan Lama...

SEORANG lelaki dari Eropah ini telah memiliki serta berkongsikan minatnya yang unik daripada...

Serangan Dron AS Di...

ADEN (Yaman) - Sekurang-kurang tiga anggota cawangan al-Qaida di Yaman terbunuh selepas Amerika...

Awas, Gajah Liar Melintas...

GERIK - Pemandangan rimba hijau dan suasana tenang yang menemani pengguna di sebahagian...

Penghantar Telur Ayam Maut Ditikam

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar telur ayam warga Pakistan ditemukan mati dengan kesan tikaman dan hirisan pada leher serta tubuhnya di tepi jalan Taman Sri Bintang, Kepong, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, mangsa berusia lingkungan 30-an itu yang baru pulang dari kerja dijumpai berlumuran darah dan terbaring dalam keadaan mengiring oleh majikannya yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian itu, mangsa dan majikannya baru sahaja meletakkan lori membawa telur di kawasan meletak kenderaan di situ sebelum mangsa terus menunggang motosikal untuk pulang terlebih dahulu.

Bagaimanapun, majikannya yang baru sahaja memandu kereta tidak jauh dari tempat meletak kenderaan itu ternampak mangsa terbaring berlumuran darah di tepi jalan,” katanya.

Munusamy berkata majikannya tidak melihat kelibat suspek.

Motif pembunuhan sedang disiasat.


Katanya mangsa mengalami kecederaan parah akibat ditikam pada kedua-dua belah tangan, belakang badan dan kesan cedera dihiris pada leher dan pinggang kanan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Munusamy berkata hasil pemeriksaan polis di lokasi kejadian menemukan sarung parang berwarna hitam manakala motosikal milik mangsa berada dalam keadaan tersandar pada sebatang pokok besar berhampiran.

“Mangsa telah bekerja di negara ini selama dua tahun dan telah berkahwin serta mempunyai seorang anak di Pakistan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tikam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori