• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Urusan Syarikat Didakwa Buat Pernyataan Palsu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah urusan syarikat kawalan keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan membuat pernyataan palsu berhubung perletakan jawatan seorang pengarah dalam syarikat itu.

S Praemavathy, 58, didakwa membuat pernyataan palsu dalam satu borang bertarikh 16 Mac 2015 berhubung peletakan jawatan Sorabyby Abu Bakar, 63, sebagai pengarah Syarikat Sentinel Security Services Sdn. Bhd. dan mengetahui ia adalah palsu.

Ibu tunggal dua anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Aras Bawah, Tingkat 17, Menara SSM@ Sentral, No 7, Jalan Stesen Sentral 5, di sini antara 16 Mac dan 19 Mac 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 364(2), Akta Syarikat 1965 yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau boleh didenda sehingga RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Iqwan Mohd Yusoff menawarkan ikat jamin berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin atas alasan ia merupakan kesalahan serius.

Praemavathy yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM2,000, kerana tidak mampu membayar jaminan tersebut dan mempunyai penyakit darah tinggi.

Hakim Zulqarnain Hassan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mei depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: pecah amanahPengarah Urusan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd