• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PKR Didakwa Fitnah PM, Edit Muka Depan Majalah TIME

oleh
15/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kantoi cuba auta rakyat Malaysia konon muka depan majalah antarabangsa TIME melaporkan Perdana Menteri sebagai tokoh kedua paling rasuah di dunia, seorang pemimpin PKR kini didakwa di mahkamah.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat susulan tindakan biadap memuat naik poster palsu yang memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial milik beliau.

Pendakwaan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dengan memulakan transmisi komunikasi palsu.

Peruntukan seksyen tersebut adalah menyatakan bahawa pelaku boleh didakwa dengan niat mahu menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain melalui penyalahgunaan kemudahan teknologi siber.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman maksimum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-dua, dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan.

Pada 25 Mac lalu, Sivarasa memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakannya mencetuskan sensasi apabila memuat naik muka depan majalah TIME palsu.

sivaraja

Ia memaparkan wajah Perdana Menteri melalui akaun Facebook miliknya konon majalah tersebut ada menyiarkan tajuk ‘No.2 on the most corrupt list’ (Nombor dua kedudukan paling korup) yang merujuk kepada Najib sendiri.

Tertuduh telah memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat SKMM di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi didakwa melakukan dua kesalahan menggunakan khidmat aplikasi melalui akaun Facebook ‘Sivarasa Rasiah’.

Dia didapati bertindak menyebarkan dalam dua pautan iaitu secara sedar apabila membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Tertuduh yang juga seorang peguam didakwa melakukan dua kesalahan tersebut di Tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah dekat sini pukul 7.41 malam, 22 Mac lepas dan 4.59 pagi, 23 Mac.

Sivarasa, 60; bagaimanapun mengaku sebagai tidak bersalah dan memohon kepada mahkamah untuk dibicarakan sebaik dua pertuduhan tersebut selesai dibacakan di hadapan Hakim Amernudin Ahmad.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Mukhzany Fariz Mohd. Mokhtar menawarkan wang jaminan sebanyak RM4,000 bagi kedua-dua pertuduhan tersebut dengan hanya seorang penjamin sahaja.

Mahkamah namun membenarkan tertuduh diikat jamin kira-kira RM2,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin. Pihak mahkamah juga menetapkan 27 Mei ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Ahli Parlimen PKR Dipanggil Polis Sebar Fitnah TIME

Juga: Majalah TIME Cover Najib: SKMM, Polis Siasat Sivarasa

Tags: PKRR.SivarasaTIME
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd