• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Dipukul: Polis Tahan Empat Lagi Suspek

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat orang lagi suspek semalam untuk membantu siasatan berhubung kes dua pelajar sekolah menengah dipukul oleh sekumpulan pelajar di Jalan Wangsa Siaga, di sini, 7 April lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohd Roy Suhaimi Shariff berkata mereka yang ditahan merupakan pelajar sekolah berusia antara 15 hingga 17 tahun.

Beliau berkata dengan penahan empat lagi suspek, jumlah keseluruhan yang ditahan kini adalah seramai 31 orang.

“Bagaimanapun, 16 daripada suspek sebelum ini sudah pun dibebaskan atas jaminan polis sementara tiga suspek lagi akan dituduh.

“Selain itu, 12 orang lagi suspek direman hingga hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program derma darah di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju Sempena Peringatan Hari Polis ke-209, di sini, hari ini.

Mohd Roy berkata motif sebenar pergaduhan dipercayai berpunca daripada perbalahan antara dua orang pelajar.

Dalam kejadian 2 petang 7 April lalu, kedua-dua pelajar berkenaan yang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari sekolah telah dikejar beberapa kumpulan pelajar lain sebelum mereka dibelasah menggunakan kayu, topi keledar dan besi.

Akibat serangan itu, dua pelajar terbabit mengalami kecederaan di kepala dan mereka dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

Seorang daripada pelajar tersebut menerima 10 jahitan di kepala, manakala seorang lagi tujuh jahitan. – BERNAMA

Tags: kes pukulpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd