• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Restoran Warga Myanmar Maut Ditikam Rakan Senegara

oleh Ahmad Albab
16/04/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU -Seorang lelaki warga Myanmar maut disyaki ditikam rakan senegara dalam kejadian di sebuah asrama pekerja di Taman Gaya Pelangi Indah di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata mangsa Ye Naing Tun, 24, meninggal dunia akibat ditikam di bahagian perut menggunakan sebilah pisau berukuran kira-kira 16 sentimemer.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi dan mangsa yang merupakan seorang pekerja di sebuah restoran telah minum bersama rakan-rakan sekerja sebelum kejadian.

Polis percaya ketika kesemuanya asyik minum berlaku pertelingkahan antara mereka menyebabkan mangsa ditikam.

Ketika polis menjumpai mayat mangsa, dia berada dalam keadaan terbaring terlentang dan terdapat kesan darah di bahagian perut selain terkeluar ususnya.

“Kesemuanya rakan sekerjanya juga telah melarikan diri ketika itu,” kata beliau dalam kenyataan di sini Jumaat.

Sulaiman berkata pihaknya percaya kejadian itu disebabkan mabuk berdasarkan penemuan botol dan tin minuman keras di sekeliling mayat mangsa.

Polis juga menemui sebilah pisau yang masih mempunyai kesan darah di luar bilik asrama, dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

Mayat Ye kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.

Sulaiman berkata susulan kejadian pihaknya menahan empat lelaki warga Myanmar berumur antara 21 hingga 34 tahun setakat pukul 1.30 tengah hari tadi bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati kesemua mereka berada di bawah pengaruh alkohol tinggi dan mereka adalah rakan sekerja dan tinggal di asrama yang sama dengan mangsa,” katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: tikam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd