• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Penyiasat SPRM Dipenjara 3 Bulan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan meminta suapan berjumlah RM20,000 daripada seorang pegawai polis, 7 April lepas.

Hakim Amran Jantan ketika menjatuhkan hukuman itu terhadap Kenny Chua Boon Meng, 35, memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh ditangkap, 7 April lepas.

Tertuduh diperintah dihukum penjara tiga bulan lagi sekiranya gagal bayar denda berkenaan.

Kenny yang bertugas di Pejabat SPRM Putrajaya didakwa meminta suapan terbabit daripada seorang pegawai polis berpangkat inspektor, Muhamad Fazal Sulaiman, 36, dengan cara memperdayakan mangsa menyerahkan sejumlah RM20,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya berhubung satu fail tohmahan yang kononnya dibuka SPRM sedangkan ia tidak wujud.

Dia melakukan kesalahan itu di dalam kereta jenis Proton Persona di perkarangan luar bangunan Balai Bomba dan Penyelamat, Bandar Baru Bangi pada 12.55 tengah hari, 7 April lepas.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Heikal Ismail, memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap Kenny kerana dia merupakan pegawai SPRM yang sepatutnya bertanggungjawab mengekang jenayah rasuah di negara ini.

Bagaimanapun Kenny yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atasnya dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama selain telah banyak memberikan sumbangan kepada SPRM sepanjang lapan tahun berkhidmat termasuk menyelesaikan pelbagai kes berkaitan rasuah. – BERNAMA

Tags: PenjaraSPRM
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd