Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Abang Long Fadhil Kemalangan...

MELAKA - Penceramah bebas, Abang Long Fadhil luka di kepala dan tangan kiri...

Pecah Rumah Meningkat 42%...

PENDANG - Polis daerah Pendang mengingatkan orang ramai agar lebih berwapada ketika menyimpan...

Demi Bangkitkan MU, Mourinho...

MANCHESTER - Sir Alex Ferguson paling porpular dalam sejarah Manchester United(MU). Sejak Ferguson...

Proses Dokumentasi Bebas Anwar...

KUALA LUMPUR - Proses dokumentasi pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri...

PAS Umum Lawan DAP Ketika PRU Ke-14 – Abdul Hadi

PUTRAJAYA – Selain mencipta sejarah menentang bekas sekutunya untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, pertembungan DAP dan PAS berkemungkinan besar juga berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ia susulan keputusan parti Islam itu memberitahu ia tidak teragak-agak meletakkan calonnya di kerusi selama ini dipegang atau ditandingi oleh bekas sekutunya dalam Pakatan Rakyat yang dibubarkan menjadi Pakatan Harapan.

Dalam temu bual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh Daily yang dipetik akhbar berbahasa Inggeris, The Star, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan perkara mustahil tersebut.

Beliau malahan berkata, partinya itu bakal meletakkan langsung calon daripada kalangan kaum Cina dan India termasuk bukan Islam di kawasan yang dikuasai oleh wakil DAP untuk menghadapi PRU ke-14 akan datang.

Katanya, sejak PAS berpisah dengan DAP; berikutan hancurnya Pakatan Rakyat yang disebabkan tindakan sebelah pihak oleh DAP sendiri, tidak wujud lagi sekatan untuk PAS bertanding di mana-mana kerusi di seluruh negara.

Bahkan Abdul Hadi dengan penuh yakin menyatakan bahawa PAS akan mempertaruhkan ramai calon Cina dan India daripada sayap pergerakan bukan Islamnya iaitu Kongres Penyokong PAS untuk menentang DAP.

pas-marah

PAS kini bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) manakala DAP pula bersama-sama Pakatan Harapan yang turut dianggotai oleh PKR dan serpihan daripada PAS sendiri, Parti Amanah Negara (PAN).

“PAS akan meletakkan calon di kerusi DAP, walaupun ia bermakna akan berlaku pertembungan pelbagai penjuru termasuk menentang calon parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC atau Gerakan,” katanya.

Abdul Hadi berkata, walaupun banyak pihak merasakan dari segi strategi politik senario pertembungan pelbagai penjuru lebih menguntungkan BN akibat perpecahan undi pembangkang, beliau sebaliknya tidak berfikiran begitu.

“Jika pengundi di kawasan tersebut tidak berpuas hati dengan kedua-duanya iaitu BN selain DAP, maka calon PAS akan menjadi pilihan terbaik untuk mereka menyuarakan undi protes berbanding buat undi rosak,” tambahnya.


Kata Abdul Hadi, ada tanggapan persepsi menyatakan konon banyak bukan Muslim sanggup menyokong calon PAS pada PRU ke-13 yang lalu kerana parti tersebut ada pakatan politik dengan pihak DAP.

pas kini

Bagaimanapun secara umumnya, pendapat itu tetap tidak salah katanya, sambil menambah PAS mungkin juga bakal kehilangan sokongan ramai pengundi bukan Islam kerana ia tidak lagi ada hubungan dengan DAP.

“Tetapi berbanding dengan kehilangan sokongan ini, saya lebih khuatir mesej PAS tidak sampai kepada bukan Islam. Jika mesej ini tidak sampai, mereka tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh PAS,” tegas beliau.

Abdul Hadi mengakui masih terlalu awal untuk bercakap mengenai pembahagian kerusi kerana PRU akan datang masih jauh lagi. PAN ujarnya bukan ancaman kepada PAS terutama polemik isu undang-undang hudud.

“Kami tidak tangguh pelaksanaan undang-undang hudud kerana kami ada pakatan dengan Ikatan. Kami terpaksa tunggu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi Kelantan melaksanakannya dan ini tentu memakan masa.

“Maka kami mengambil keputusan untuk menangguhkannya buat sementara waktu untuk memfokus terhadap masalah dihadapi oleh negara dan rakyat terlebih dahulu,” tambah Abdul Hadi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori