• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Ulangi Pendirian Tolak ‘Deklarasi Rakyat’

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mengulangi pendirian parti itu tidak akan menyokong ‘deklarasi rakyat’ yang kononnya untuk melakukan reformasi ke atas institusi negara ini dengan “tagline” #SelamatkanMalaysia.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mukhtar Suhaili berkata, deklarasi anjuran Pakatan Harapan dan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak lebih daripada sekadar memenuhi agenda dan cita-cita politik pihak tertentu.

“Kita tidak mahu keluar dari mulut buaya, masuk ke dalam mulut harimau. Ia tidak menyelesaikan masalah dan tidak membawa kepada perubahan yang lebih sejahtera.

“PAS berpegang kepada prinsip demokrasi melihat bahawa apa jua perubahan yang berlaku perlulah dalam kerangka demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan yang beliau berikan kepada bekas Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kini menyertai gerakan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

Syed Saddiq yang pernah didedahkan di media sosial sebagai seorang kaki “clubbing” dan disko pada 30 Mac lalu bertemu dengan Mukhtar untuk memujuk PAS menyertai rancangan Pakatan Harapan untuk menumbangkan kerajaan secara tidak demokratik.

Mukhtar dalam pada itu menegaskan, PAS tidak menyokong ‘deklarasi rakyat’ kerana parti itu akan mengatakan yang benar itu benar dan menyebut yang salah itu salah.

“Prinsip yang sihat inilah yang kita akan kita pegang utuh dalam semua tindakan dan keputusan politik tanpa ada piawaian berbeza (double standard),” katanya. – mynewshub.cc

Tags: Deklarasi RakyatPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd