• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sahkan Letak Calon Bukan Islam Pada PRN Sarawak

oleh Ahmad Albab
05/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang calon bukan Islam adalah antara 11 calon PAS yang akan diletakkan parti pembangkang itu, dalam usaha untuk bertapak dalam politik Sarawak, pada pilihan raya negeri ke-11.

Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar Suhaili mengesahkan buat julung kalinya parti akan meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak namun enggan mendedahkan identiti calon itu.

“Pengumuman rasmi kesemua 11 calon, termasuk calon bukan Islam itu dan satu-satunya calon wanita, akan diumumkan esok malam di Bintulu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bagaimanapun, Mukhtar berkata kali ini calon-calon PAS daripada pelbagai latar belakang dan merupakan profesional daripada syarikat multinasional, pesara, usahawan dan bekas penjawat awam.

“Kami telah turun padang ke seluruh Sarawak menerusi program kami dipanggil “Untukmu Sarawak” yang telah dilaksanakan pada 2014 dan berdasarkan maklum balas, kami yakin yang kami ada peluang,” katanya.

Bagi pilihan raya negeri ke-11, PAS akan bertanding di Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju, yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri yang baharu.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, PAS bertanding di lima kawasan Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.

Sementara itu ketika ditanya tentang cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding, Mukhtar berkata ia akan meningkatkan peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang dan bukannya akan menjejaskan peluang kemenangan parti pemerintah itu.

“Dengan atau tanpa kehadiran Amanah dalam pilihan raya negeri, kami sudah membuat persediaan dan kami sedia berdepan dengan sesiapa sahaja,” katanya.

Pada Ahad lepas, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dipetik sebagai berkata bahawa parti itu akan bertanding di 13 kerusi dalam pilihan raya negeri.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini mengumumkan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pada 11 April ini bagi diadakan pilihan raya negeri ke-11. – BERNAMA

Tags: PASPRN Sarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd