• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Dikritik Kerana Perlekeh Calon OKU PAN

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa PAS sebuah parti yang tidak berperikemanusiaan kerana memperlekeh seorang calon parti itu kerana kurang upaya (OKU).

Lebih teruk, kata PAN, PAS menggunakan nas dan petikan daripada ulama tertentu untuk mempertikaikan seorang yang cacat menjadi wakil rakyat.

Pengarah Pendidikan Politiknya, Hasbie Muda berkata, beliau amat terkejut kerana PAS yang mendakwa sebagai parti Islam bersikap seperti itu ke atas seorang hamba Allah S.W.T

“Terkejut saya bila ada ahli PAS pertikaikan tindakan PAN calonkan seorang OKU dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Diguna nas al qawwi al amin serta petikan tulisan ulama untuk sokong hujahnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasbie berkata, PAS terlupa bekas Timbalan Yang Dipertua PAS satu waktu dahulu, Prof Zulkifli Muhammad juga seorang OKU.

Menurutnya, Zulkifli mengalami kecacatan pada kaki dan tangannya kesan penyakit polio yang dihidapi sewaktu kecil.

“Prof. Zulkifli dicalonkan untuk kerusi Bachok dan beliau menang.

“Mahu kritik pun berpada-padalah. Jangan selewengkan nas untuk menutup kejahilan kamu,” tegasnya. - MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd