• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS: Persatuan Cina Pernah Desak Mandarin Jadi Bahasa Rasmi

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan semua pihak tentang tuntutan “The Pan Malayan Federation of Chinese Association’ supaya ketuanan Melayu dihapuskan dan mendesak kerajaan menerima dasar kerakyatan jus soli pada tahun 1955.

Pusat Penyelidikan PAS, Mohd. Fadli Ghani berkata, jus soli adalah dasar kerakyatan berdasarkan tempat lahir yang boleh memberi kesan kepada masa depan politik dan ekonomi negara serta menggugat ketuanan orang Melayu.

“Lebih membimbangkan PAS selepas Pilihan Raya Umum 1955, apabila 144 pertubuhan Cina di Perak telah menuntut supaya bahasa Mandarin dijadikan bahasa rasmi di Majlis Undangan Persekutuan.

“Ini mendorong Jawatankuasa Politik PAS Pusat pada 14 April 1956 merangka bangkangan terhadap tuntutan orang Cina melalui satu Memorandum 18 Perkara. Memorandum ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS mmelalui telegra pada 15 April 1956,” katanya dalam satu artikel bertajuk Hari Ini Dalam Sejarah PAS yang disiarkan di laman web rasmi parti itu.

Mohd. Fadli berkata, memorandum ‘Maklumat Jus Soli’ yang disiarkan kepada awam dan pihak berkuasa pada 22 April 1956 itu bertujuan supaya semua pihak “tahu dengan terang bahawa orang Melayu adalah bumiputera asal dan berdaulat di negeri ini” dan “orang bukan Melayu mempunyai peluang hidup, mendapat tempat dan hak di negeri ini.”

Beliau turut menerangkan memorandum oleh PAS itu antara lain mempertegaskan:

I. Orang bukan Melayu telah diberikan hak politik di negeri ini, hak yang tidak akan diperolehi di tempat lain, tetapi mengapa masih menuntut kerakyatan jus soli;

II. Tuntutan jus soli akan merosakan asas jaminan kesuburan dan kesihatan politik;

III. Jus soli boleh menimbulkan pengkhianatan kerana kerakyatan tanpa kesetiaan;

IV. Tuntutan jus soli berniat jahat kerana mahu menceroboh hak orang Melayu;

V. Jus soli akan menenggelamkan bangsa Melayu, mencabul hak orang Melayu dan akan menimbulkan persengketaan politik;

VI. Tuntutan jus soli akan menimbulkan kekecohan dan membantutkan kemerdekaan; dan

VII. Memadai jika dasar kerakyatan kekal mengikut Undang-undang Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu (Pindaan) 1951. – mynewshub.cc

Tags: DAPKaum CinaPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – DAP akan menyerahkan kepada lebih 4,000 perwakilan parti untuk menentukan sama ada parti itu akan terus kekal...

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd