• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pan Borneo Beri Kesan, Makna Besar Buat Rakyat Sarawak

oleh Ahmad Albab
17/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Lebuh Raya Pan Borneo bukan sekadar projek mega semata-mata tetapi projek yang memberi kesan dan makna besar kepada seluruh lapisan masyarakat di Sarawak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata projek lebuh raya itu yang diimpikan sejak berpuluh tahun yang lalu bakal membawa sektor kawasan luar bandar ke dalam arus perdana pembangunan di negara ini.

“Ini dikatakan ‘the game changer’ (pencetus perubahan) yang membawa perubahan besar, sebab boleh dekatkan orang di kawasan luar bandar dengan pasaran, permintaan untuk produk mereka akan meningkat.

“Ini akan mengubah peluang ekonomi untuk kawasan luar bandar,” katanya semasa melancarkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak bagi jajaran dari Simpang Bintangor ke Simpang Julau dan Lapangan Terbang Sibu ke Jambatan Sungai Kua, di sini hari ini.

Lebih daripada itu, menurut Najib, secara psikologi lebuh raya itu nanti akan dapat merangsang minda dan hati anak-anak di luar bandar dengan keinginan untuk mengejar kemajuan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak mahu projek itu menjadi seperti projek mega lain yang berdepan dengan pelbagai masalah.

“Saya kata jangan ulang kesilapan (projek empangan hidro) Bakun. Jangan bagi kepada kontraktor yang tidak dapat buat apa, bagi kepada kontraktor yang mampu melakukannya.

“Orang tengok ada empangan besar, ada kabel kuasa tapi rumah panjang di bawahnya (kawasan itu) tiada bekalan elektrik. Saya kata tak boleh … (projek) Bakun dibuat bukan pada zaman saya. Ia dibuat pada zaman orang lain, zaman orang yang memerintah 22 tahun. Itu cerita lain,” katanya.

Najib berkata, kontrak pelaksanaan lebuh raya itu diberikan kepada kontraktor tempatan yang turut terdiri daripada kontraktor Bumiputera kelas F dan akan dipastikan segala limpahan projek itu akan memenuhi kehendak penduduk setempat.

Katanya, perhentian-perhentian bas akan dibina di sepanjang lebuh raya itu dan akan disediakan tempat-tempat bagi masyarakat luar bandar untuk menjual produk-produk pertanian mereka.

“Kalau tak cukup (tempat untuk) jual tepi lebuh raya boleh jual ke Kuching sebab kalau dulu (perjalanan) Kuching-Sibu (selama) enam jam, dengan lebuh raya Pan Borneo ini nanti tiga jam sahaja,” katanya.

Beliau berkata jajaran sepanjang 76.2km tersebut menelan belanja RM1.7 bilion dan sebanyak 68 syarikat kontraktor Bumiputera Sarawak akan melaksanakan pelbagai kerja kontrak yang berjumlah RM533.8 juta.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan surat anugerah projek dan surat niat kepada 78 syarikat kontraktor dengan 77 daripadanya adalah syarikat Bumiputera Sarawak bagi kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut.

Selain itu, Najib dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang turut hadir pada majlis itu menyampaikan pampasan tanah kepada pemilik-pemilik tanah yang terbabit dengan pelaksanaan jajaran projek tersebut. – BERNAMA

Tags: Lebuhraya Pan BorneoNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

09/04/2024
34

KUCHING - Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak fasa satu bakal dibuka sepenuhnya pada suku kedua tahun ini. IKUTI CHANNEL...

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

26/09/2022
0

PAPAR - Tiga daripada 35 pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd