• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pak Jamal, Aktivis NGO Pro-BN Disekat Masuk Sarawak

oleh
14/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor, Datuk Jamal Md. Yunus menyertai senarai panjang ahli-ahli politik dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) dari Semenanjung tidak dibenarkan memasuki Sarawak.

Jamal yang bertolak ke Sarawak pukul 9.30 pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dihalang imigresen kerana berada dalam senarai Not To Land Notice (NTL) atau Notis Tolak Kemasukan.

Nasib sama pernah dialami beberapa tokoh pembangkang terkenal Semenanjung antaranya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Presiden PAN, Mohamad Sabu; pemimpin DAP, Tony Pua dan aktivis BERSIH, S. Ambiga.

Difahamkan sekatan ke atas Jamal dilakukan ekoran tindakan agresif beliau selama ini dan paling baharu, cuba merobohkan papan iklan gergasi ‘Bebas Anwar’ oleh PKR kerana dianggap menghina sistem kehakiman Malaysia.

Beliau pernah ditahan polis kerana memberi amaran rusuhan kaum bakal tercetus di Petaling Street ekoran sikap biadap peniaga Cina selain mengetuai Himpunan Rakyat Bersatu ‘Baju Merah’ pada 16 September tahun lepas.

Terdahulu pendakwah ternama, Dr. Ridhuan Tee Abdullah pernah dihalang memasuki Sarawak kerana didakwa menimbulkan perasaan kurang selesa penganut Kristian khasnya isu kalimah Allah dan kitab Injil bahasa Melayu.

Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Melayu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pukul 11.30 pagi Khamis untuk berkempen membantu Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri ke-11 tidak lama lagi.

“Kami macam pengganas, tak dibenarkan masuk Sarawak, kami sangat kecewa,” katanya penuh kesal. Turut diarah balik semula ke Semenanjung ialah aktvivis pro-BN, Ariffin Abu Bakar, Rahim Ibrahim dan Razali Zakaria.

Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebelum ini menegaskan tindakannya melakukan ‘pengharaman’ masuk ahli-ahli politik tertentu ke negeri tersebut adalah bertujuan demi melindungi kepentingan rakyat Sarawak.

“Saya perlu melindungi kepentingan rakyat Sarawak, terutama daripada unsur-unsur yang tidak baik… dari sudut politik dan sebagainya. Itu tugas dan tanggungjawab saya sendiri sebagai Ketua Menteri Sarawak,” tegas Adenan.

Beliau kesal dengan tindakan ekstrem sesetengah pihak, terutama pemimpin pembangkang dari Semenanjung yang mempersoalkan hak istimewa kerajaan negeri menghalang kemasukan individu-individu ini ke Sarawak.

Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa imigresen tertentu menyekat kemasukan orang luar yang tidak dikehendaki susulan persetujuan sebelum pembentukan Malaysia pada 1963. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Jamal Md Yunossarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Saran Penternakan Babi Dibenarkan Di Selangor, Jamal Tegur ‘Jangan Bersikap Seperti Babi’

ADUN DAP Saran Penternakan Babi Dibenarkan Di Selangor, Jamal Tegur ‘Jangan Bersikap Seperti Babi’

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Jamal Md Yunos mengkritik kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd