• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pak Guard Mogok, Kunci Sekolah Gara-Gara Gaji Tak Dibayar

oleh AK-47
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLAKU sedikit kekecohan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Keat Hwa (S), Kampung Baru, Alor Setar, Kedah, apabila pengawal keselamatan bertindak mengunci pintu pagar utama sekolah, awal pagi tadi.

Kejadian itu sekali gus menyebabkan sekurang-kurangnya 100 murid, beberapa pekerja kantin dan guru yang hadir seawal 6.30 pagi tidak dapat masuk serta terkandas di hadapan pintu pagar sekolah.

Difahamkan, pengawal keselamatan bertindak sedemikian kerana mogok berikutan masalah gaji yang tidak dibayar majikan mereka.

Di luar pagar sekolah, terdapat juga kain rentang yang tergantung dengan mesej, “Sila jelaskan gaji, tunggakan dan caruman KWSP,… kami nak makan, kami ada keluarga, kami nak bayar sewa.”

milen001.transformed

milen002.transformed

Menurut Berita Harian, pengawal keselamatan sekolah itu mendakwa sudah empat bulan tidak menerima gaji.

Sementara itu, Pengerusi Pengelola sekolah itu, Lim Gek Leng berkata, pagar itu dapat dibuka apabila seorang guru lelaki bertindak memanjat pagar dan mengambil kunci di bilik pengawal keselamatan.

“Kami dimaklumkan seramai empat pengawal keselamatan yang berkhidmat di sini mengalami tunggakan gaji lebih RM5,000 seorang sejak Januari lalu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MogokSekolah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd