• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Gading Fasa Kedua Bermula

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Cameron Highlands – Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memulakan fasa kedua Op Gading di kawasan pencerobohan haram dengan penguatkuasaan lebih tegas terhadap individu dan syarikat yang didapati terbabit dalam kegiatan menceroboh tanah kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, setakat ini, MKN sudah mengenal pasti 90 hingga 100 individu dan 20 syarikat membabitkan warga tempatan serta asing yang menjalankan aktiviti penerokaan haram.

Beliau berkata, fasa kedua penguatkuasaan itu dijangka bermula pertengahan April ini selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pemulihan Cameron Highlands yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 12 April ini.

“Beberapa pendekatan baru akan digunakan dalam operasi fasa kedua ini, namun saya tidak boleh maklumkan secara terperinci dan apa yang penting selain pengawasan serta pemantauan, kita juga akan berusaha membawa peneroka untuk pendakwaan.

“Selain itu, kita juga akan meminta pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyenarai hitamkan syarikat yang didapati terbabit menjalankan aktiviti penerokaan haram agar syarikat berkenaan dan pemiliknya tidak boleh beroperasi lagi atau menubuhkan syarikat lain,” katanya selepas membuat tinjauan ke bekas kawasan penerokaan haram di Hutan Simpan Bukit Jerut dan Sungai Kial, Teringkap, di sini, semalam.

Menurutnya, bagi peneroka yang menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah pula, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diminta mengambil tindakan pendakwaan termasuk yang boleh dikenakan hukuman rotan.

“Terdapat peruntukan undang-undang di mana majikan yang menggajikan lima pekerja asing tanpa permit yang sah boleh dirotan.

“Selain itu, kita juga akan menyita dan merampas jentera yang digunakan bagi aktiviti penerokaan haram,” katanya.

Shahidan berkata, dalam fasa pertama, operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan MKN membabitkan 500 pegawai penguat kuasa yang terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan merangkumi 75 peratus (kira-kira 2,000 hektar) kawasan penerokaan haram di sini dengan selebihnya akan dilaksanakan dalam fasa kedua. – myMetro Online

Tags: Cameron HighlandsTanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd