• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Propembangkang Kritik Diskaun 50% Hanya Untuk Pelajar MARA

oleh Ahmad Albab
08/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaan propembangkang, Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menuduh kerajaan mengamalkan ‘double standard’ kerana memberi diskaun 50 peratus kepada peminjam Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang gagal dalam pengajian.

Beliau mendakwa, kerajaan sepatutnya turut memberi diskaun sama kepada pelajar yang meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal dalam pengajian walaupun mereka bukan tergolong dalam kalangan pelajar miskin.

“Mipas mengalu-alukan pengumuman Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa mengenai pemberian diskaun 50 peratus kepada peminjam pendidikan MARA.

“Bagaimanapun ia menunjukkan kerajaan hanya mengambil berat ke atas golongan miskin. Kita tidak faham mengapa mengapa hanya pelajar MARA di beri diskaun dan tidak pelajar PTPTN,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

MARA yang ditubuhkan sebagai sebuah agensi untuk membangunkan golongan bumiputera antara lain memberi bantuan pengajian kepada pelajar bumiputera terutama mereka yang kurang berkemampuan.

Annuar semalam mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus kepada peminjam Pinjaman Pelajaran MARA yang gagal dalam pengajian mereka.

Annuar dipetik berkata, tawaran itu diberi kepada pelajar yang gagal menamatkan pengajian atas apa jua sebab termasuk mereka yang sedang menghadapi tindakan undang-undang di mahkamah berhubung pinjaman berkenaan.

“Jika sebelum ini pelajar yang gagal pengajian perlu membayar 100 peratus pinjaman mereka, tetapi untuk meringankan beban mereka, kita tawarkan 50 peratus diskaun terhadap baki pinjaman mereka,” katanya Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO. – Mynewshub.cc

Tags: MARANGO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syor Sistem Giliran Tempat Kerja Penjawat Awam

Next Post

TMJ Rasmi Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn

Related Posts

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

15/12/2024
0

KOTA BHARU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedia membantu keluarga menguruskan jenazah lelaki dengan berat 420 kilogram...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

Next Post

TMJ Rasmi Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd