• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Rasmi Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn

oleh Ahmad Albab
08/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkenan merasmikan Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di sini.

Baginda turut menunaikan solat Jumaat dengan diimamkan Imam Abdullah Embong, yang juga Eksekutif Agama Waqaf An-Nur Corporation Bhd.

Turut berangkat Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, exco-exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

Masjid Sultan Iskandar yang sebelum ini dikenali sebagai Masjid Bandar Dato’ Onn dibina Johor Land Bhd (JLand) iaitu syarikat Kumpulan JCorp dengan kos RM28 juta di kawasan seluas 2.2 hektar.

Ia merupakan masjid keenam dan terbesar dalam rangkaian Masjid An-Nur JCorp dan mampu memuatkan sehingga 4,600 jemaah dalam satu masa.

Mula dibina pada pertengahan 2013 dan siap pada penghujung tahun lepas, Masjid Sultan Iskandar berperanan sebagai pusat ibadah, pusat kegiatan komuniti sosial dan agama, pusat pendidikan serta pemangkin pembentukan masyarakat khususnya penduduk Bandar Dato’ Onn serta kawasan sekitar.

Antara kemudahan yang disediakan di masjid yang operasinya diurus Waqaf An-Nur Corporation tersebut termasuk pejabat pengurusan, bilik kuliah dan pengajian, perpustakaan serta dewan.

Kamaruzzaman dalam kenyataan yang diedar kepada media berkata, Waqaf An-Nur Corporation Berhad telah mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk membenarkan masjid tersebut memulakan solat Jumaatnya pada 8 Jan lepas di mana Tunku Ismail berkenan berangkat untuk bersama-sama rakyat bersolat di situ.

Beliau berkata Masjid Sultan Iskandar juga telah mematuhi standard dan spesifikasi Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan (QLASSIC) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang JLand sebagai pemaju masjid tersebut telah dianugerahkan sijil CLASSIQ pada 7 Mac lepas. – BERNAMA

Tags: TMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemajuan Johor Adalah Kerana TMJ…Diikuti Onn Hafiz…Yang Lain Sila Senyap…

Kemajuan Johor Adalah Kerana TMJ…Diikuti Onn Hafiz…Yang Lain Sila Senyap…

07/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KEMAJUAN luar biasa Johor memang tidak boleh dinafikan. Justeru, bila pilihan raya negeri (PRN) bakal menjelang, banyak la...

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

31/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI, 31 Mei 2026 – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi membuktikan statusnya sebagai kuasa dominan bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd