• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Kesal Selangor Majukan Hutan Simpan Bina Lebuh Raya

oleh
21/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM - Pembinaan lebuh raya East Klang Valley Expressway (EKVE), Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Damansara-Shah Alam (DASH) dijangka memusnahkan hutan simpan di Selangor dalam skala amat dashyat.

Kawasan hutan simpan yang akan musnah teruk buat selama-lamanya termasuk Hutan Rimba Ambang, Hulu Gombak, Klang Gates Quartz Ridge, Bukit Cerakah, Sungai Buloh dan Bukit Sungai Puteh Utara/Selatan.

Berikutan itu lima badan bukan kerajaan (NGO) tempatan membidas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali enggan membatalkan tiga projek lebuh raya yang diusahakan kerajaan negeri sendiri konon untuk penyuraian trafik.

Ia susulan pengumuman Kaedah-Kaedah Penyiasatan Awam (Selangor) 2014 pada Mac lalu bertujuan mencari maklum balas rakyat mengenai pembatalan gazet hutan simpanan untuk projek pembinaan lebuh raya baharu.

“Rakyat Selangor sendiri tidak sedar kerajaan negeri sebenarnya telah memansuhkan gazet ratusan hektar tanah hutan simpan berusia jutaan tahun konon demi memenuhi keperluan syarikat pembinaan tiga lebuh raya ini.

“Bayangkanlah kawasan hutan ini bakal rata dalam masa empat tahun,” kata jurucakap kumpulan NGO itu, Agos Hasan Ashari ketika menyerahkan memorandum bantahan di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, Khamis.

Puluhan peserta perhimpunan itu yang ditemui Mynewshub terdiri daripada aktivis PEKA Malaysia, Sahabat Alam Malaysia (SAM), Malaysian Nature Society (MNS), Save Greenlungs, Say No To SUKE dan Say No To DASH.

Pada Selasa lalu, tiga kumpulan pro-kerajaan Selangor iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut mengadakan perkara sama berhubung isu tersebut.

Mereka bertanya, kenapakah pihak kerajaan negeri sanggup musnahkan lokasi tadahan air yang tidak terhitung berapa banyak spesis flora dan fauna bakal lenyap hanya demi memenuhi tuntuan syarikat konsesi lebuh raya.

Malah ujar mereka, hutan simpan ini juga merupakan tempat tadahan hujan yang menjadi sumber empangan air utama untuk tujuan penyaluran air ke kawasan kritikal meliputi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

hutan1
Pengerusi Say No To SUKE (SNTS), Muhammad Agos Abul Hasan Ashari

“EKVE akan memusnahkan 106 hektar tanah Hutan Simpan Ampang yang merupakan tadahan air membekalkan hampir 19 juta liter air kepada 9,225 keluarga di kawasan Ampang,” kata mereka lagi dengan nada penuh kesal.

Mereka bertanya lagi, bolehkah ekosistem hutan diganti kerana pejabat Jabatan Hutan Selangor Tengah di Cheras menyatakan rizab hutan tidak boleh dimusnahkan, sebaliknya perlu diganti kawasan sama luas atau lebih luas.

Apa yang nyata, kumpulan berkenaan sangat terkilan kerana pegawai di sebuah Jabatan Hutan gagal membezakan antara penggantian pokok hutan dengan penggantian kawasan hutan simpanan untuk projek pembangunan.

Pokok ujar mereka, boleh ditanam semula namun hutan bukan setakat terdiri daripada pokok sahaja, malah kena ada sistem kehidupan merangkumi pelbagai jenis hidupan daripada sekecil makhluk sehingga yang besar.

Proses mengganti hutan seperti asal akan mengambil masa ratusan tahun sama seperti hutan sediakala. Ekosistem hutan yang dimusnahkan di sesuatu lokasi tidak boleh diganti, bahkan ia akan hilang buat selama-lamanya!

“Kami tegas menyatakan, hutan tidak lagi boleh diusik demi apa tujuan sekalipun,” tegas mereka dan bertanya, apakah polisi jangka masa panjang kerajaan negeri untuk menjaga warisan hutan ‘The Selangor State Park’?

Adakah Menteri Besar dan Exco Alam Sekitar Kerajaan Negeri Selangor sekarang mempunyai apa jua perancangan menyeluruh yang konkrit demi mengekalkan kelangsungan hidup ratusan hektar hutan simpanan Selangor.

Hutan Simpanan Taman Warisan Selangor pernah digazetkan oleh bekas Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo, ketika kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri tersebut pada tahun 2007 lalu, tambah mereka.

Amat terkejut kerajaan Pakatan Rakyat (ekoran terdiri daripada PKR, DAP dan PAS) yang memperoleh mandat majoriti rakyat Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 melakukan sebaliknya, keluh mereka.

“Sebanyak 16,000 petisyen tandatangan bantahan telah dikemukakan menolak lebuh raya ini,” tambah mereka lagi sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Azmin dan Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Azmin AlihutanKhir Toyo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Penuntut Universiti Oxford’ Tipu Mak Bapak Lebih RM1.4 Juta

Next Post

Mozambique & Afrika Benarkan Malaysia Guna Perairan Cari MH370

Related Posts

PPS Bertambah, 1,813 Mangsa Dipindahkan Di Kedah

Kes Bunuh Warga Sri Lanka: 2 Suspek Dicekup Sembunyi Dalam Hutan

28/09/2023
0

KUALA LUMPUR: Dua suspek dikehendaki berhubung kejadian bunuh tiga warga Sri Lanka Khamis lalu ditahan ketika bersembunyi di dalam hutan...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Next Post

Mozambique & Afrika Benarkan Malaysia Guna Perairan Cari MH370

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd