Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Rahim Thamby Chik Ancam...

PETALING JAYA - Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengancam untuk mengambil tindakan...

PU Abu, Ain ‘Afini...

KLANG - Teka-teki status rumah tangga ustaz selebriti, PU Abu dan Ain 'Afini...

Kerajaan Perlu Halang Pelancong...

KUALA LUMPUR: Pertubuhan mewakili petugas dan pengamal perubatan mahu kerajaan menghalang kemasukan pelancong...

Anggota URB Patah Kaki,...

KEPALA BATAS - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) patah kaki dan...

Najib Tekad Teruskan Perjuangan Tun Razak Majukan Anak Sarawak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan meneruskan perjuangan ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bersama-sama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem supaya anak-anak Sarawak akan terus maju seiring arus pembangunan negara.

Perdana Menteri yang melancarkan pameran khas bagi mengenang ayahandanya di pusat beli-belah The Spring, Kuching, semalam berkata beliau terkenangkan usaha Tun Razak membangunkan Sarawak apabila melihat koleksi gambar dalam pameran itu.

“Melihat gambar-gambar ini, teringat saya kepada usaha ayahanda Allahyarham Tun Razak yang bersama-sama Barisan Nasional Sarawak membangunkan negeri ini dan memastikan bumi kenyalang terus makmur dalam Malaysia.

”Terima kasih Yayasan Cemerlang dan Jabatan Muzium Negeri Sarawak yang menganjurkan Pameran Khas Memperingati Tun Abdul Razak ini,” katanya dalam laman Facebook dan Twitter beliau hari ini.


Pameran berkenaan dari semalam hingga 3 Mei ini memperlihatkan sesetengah detik bersejarah Tun Razak ketika melawat Sarawak sekitar tahun 70-an. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori