• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Tawan Everest: Lee Mulakan Pendakian Ke Kem Satu Everest

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendaki lelaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng yang menyertai “Lions Mount Everest Expedition” (MEE) 2016, pada Jumaat memulakan pendakiannya ke Kem Satu Everest yang terletak pada ketinggian 6,000 meter dari paras laut.

Lee berkata pendakian untuk ke kem berkenaan akan mengambil masa selama lima jam perjalanan dan terpaksa melalui laluan yang sukar.

“Ini berikutan laluan di kem itu dipenuhi dengan ais glasier, berbatu dan bercuram. Saya kena melaluinya dengan penuh berhati-hati kerana laluan di atas sana licin.

“Selepas saya sampai di atas (Kem Satu Everest) saya akan turun semula ke Kem Induk Everest (EBC) pada hari yang sama, kemudian bermula balik dari EBC ke Kem Dua Everest dan balik semula ke EBC,” kata Lee yang kini berada di EBC, ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata proses yang sama akan dilakukan untuk ke Kem Tiga dan Empat Everest secara berperingkat untuk melatih diri berada di tempat paling tinggi.

Ekspedisi anjuran Lions Club International District 308 B1 itu bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan masyarakat dan memperlihatkan semangat ‘Malaysia Boleh’.

Bekas jurutera itu berkata latihan pendakian akan dibuatnya secara berulang kali di kem-kem berkenaan untuk menyesuaikan diri, sebelum mendaki ke puncak Everest, yang dijangka bulan depan.

Mengenai tahap kesihatan dan kecergasannya, Lee berkata keadaan dirinya sihat dan bersemangat manakala cuaca di sana dilaporkan cerah.

Beliau yang mula mendaki gunung sebagai hobi semasa berusia 40-an, telah mendaki beberapa gunung termasuk Gunung Kinabalu, Gunung Rinjani di Indonesia, Gunung Fuji di Jepun dan Gunung Ama Dablam di Nepal.

Lee memulakan impian menakluk Gunung Everest setinggi 8,848 meter sejak 31 Mac lepas dan dijangka mencapai misinya dalam masa 70 hari.

Turut menyertai pasukan pendakiannya ialah dua sherpa profesional – Ngaa Tenji, 33, dan Ang Temba, 44. – BERNAMA

Tags: Everestwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd