• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manfaatkan Peluang Belajar Di Jepun

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan para pelajar Malaysia di Jepun agar memanfaatkan peluang belajar di negara matahari terbit itu termasuk mendalami dan memahami disiplin, nilai budaya dan peradaban masyarakatnya.

Menurut baginda, Jepun merupakan negara maju berpendapatan tinggi yang kadar jenayahnya rendah dan selamat dilawati selain etika masyarakatnya menepati masa, semangat inovasi, kesetiaan, dedikasi, berbudi bahasa dan menghormati tetamu.

“Resipi kejayaan Jepun inilah yang perlu dicontohi dan dipraktikan mengikut kesesuaian kita untuk memajukan Malaysia,” titah baginda pada majlis resepsi pendaftaran lima pelajar tajaan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) di Josai International University (JIU) di sini, Sabtu.

Baginda bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap pengerusi YTF berada di Jepun atas undangan JIU sempena penerimaan masuk lima pelajar tajaan YTF untuk mengikuti program Kepimpinan Wanita di universiti itu selama setahun.

Pelajar terbabit ialah Khuzaimah Ramli@Lahman, 25, Nurul Najwa Halim, 23, Lim Xin Shi, 25, Nor Salihah Zaini, 24, dan Nurul Afizan Yaakob, 24.

Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris serta ahli Lembaga Pemegang Amanah YTF Tan Sri Dr Ng Yen Yen dan Datuk M. Rajasekaran mengiringi baginda berdua.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah para pelajar Malaysia yang mendapat biasiswa belajar di Jepun hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Baginda turut mengingatkan masyarakat dan para pelajar Malaysia di Jepun supaya menghormati undang-undang negara itu bagi menjaga nama baik dan imej Malaysia di persada antarabangsa.

Pada masa ini, pejabat Kedutaan Malaysia di Jepun mendaftarkan seramai 5,551 rakyat Malaysia di negara itu antaranya golongan profesional, ahli perniagaan dan pelajar. – BERNAMA

Tags: jepunRaja Muda Perlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kepong dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas tular dakwaan mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd