• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Jepun Harus Perukuh Dasar Pandang Ke Timur 2.0

oleh Ahmad Albab
03/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Malaysia dan Jepun harus memperkukuhkan hubungan dua hala dalam gelombang Dasar Pandang ke Timur atau LEP 2.0, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda, Malaysia dan Jepun ibarat ‘dua sahabat lama’ yang mempunyai satu persamaan iaitu ‘semangat muda’ apabila kedua-dua negara bersetuju mengkaji semula LEP sejak Malaysia melancarkannya pada 1982.

“Selepas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke Jepun pada Mei 2015, kedua-dua pihak mendapati banyak bidang boleh diperkasakan,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda bertitah ketika menyampaikan ucap tama di hadapan lebih 3,000 hadirin pada majlis ‘Matriculation Ceremony For Academic Year 2016’ Josai International University (JIU) di kampus keduanya di Togane, Chiba Prefecture, di sini, semalam.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Canselor JIU Dr Noriko Mizuta dan Presidennya Prof Hakuo Yanagisawa.

Kedua-dua tetamu Diraja itu diundang khas oleh JIU sempena penerimaan masuk lima pelajar tajaan YTF yang mengikuti program Kepimpinan Wanita di universiti itu, selama setahun.

Pelajar berkenaan ialah Khuzaimah Ramli@Lahman, 25, Nurul Najwa Halim, 23, Lim Xin shi, 25, Nor Salihah Zaini, 24, dan Nurul Afizan Yaakob, 24.

Turut mengiringi rombongan baginda itu ialah Ahli Pemegang Amanah YTF, Tan Sri Dr Ng Yen Yen dan Datuk M. Rajasekaran, Penasihat Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin dan pemangku Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin universiti di Jepun dan rakan mereka di Malaysia boleh memperkasakan program pertukaran pelajar dan pensyarah serta mengiktiraf pemindahan kredit antara institusi bagi menambah nilai program pertukaran.

“Saya ingin mencadangkan satu tabung biasiswa atau bantuan kewangan untuk pelajar Jepun yang melanjutkan pengajian di Malaysia. Mungkin dimulakan dengan pemberian perjalanan atau saintifik bagi pelajar subjek kritikal yang mampu menyumbang kepada masyarakat Malaysia.

“Tindakan ini bertujuan merangsang penerokaan akademik dan saintifik yang menyokong pembangunan kemahiran berasaskan pengetahuan,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Menurut baginda kerjasama berterusan antara kerajaan Jepun dan Tourism Malaysia, melalui program ‘Edu-Tourism’ yang mempromosikan pendidikan Malaysia kepada Jepun, menambah erat hubungan antara rakyat kedua-dua negara. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd